translate

Tuesday, 5 June 2012

Waffle Berwalnut

3 1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar beking powder
4 cawan susu segar
6 biji telur
2 sudu kecil vanilla
2 sudu besar gula
1 cawan minyak sayur/ masak
1 sudu kecil garam
walnut yang dicincang kasar
jem, peanut butter, madu dan apa-apa saja

Caranya
1. Tepung diayak bersama beking powder.  Di dalam bekas campurkan juga dengan gula dan garam.
2. Telur diasingkan putih dan kuningnya, yang putih diputar sehingga kembang dan beku (dengan kelajuan tinggi)
3. Kuning telur dipukul dengan garfu dan dicampur bersama susu segar dan minyak tadi.  Kemudian dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga vanilla.
4. Masukkan putih telur yang kembang tadi kedalam bahan yang telah dikacau sebati tadi. Guna teknik kaut dan balik.
5. Sendukkan adunan ke dalam bekas waffle yang telah disapu dengan marjerin dan taburlah walnut yang telah dicincang dan biarkan ia masak.
6. Sapu dengan jem atau apa saja kesukaan kita waffle tersebut.
7. Adunan waffle yang tidak habis boleh disimpan di dalam peti sejuk tempat biasa untuk dua tiga hari dan sebelum diguna semula kacau biasa menggunakan senduk.

4 comments:

  1. bawa bekal anak pergi tuisyen..bawa banyak2 dan dapat makan bersama2 dengan kawan2nya..lagi pun kalau tak habis masih boleh disimpan adunannya dalam peti ais...senangkan..kalau buat malam dan pagi2 boleh siap membakarnya..

    ReplyDelete
  2. selera jer tgk...mesti sedap nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mhon tag or share ye...TQ.....tpi klau sye nk kurang kn telur bleh x.....

      Delete