translate

Sunday, 10 March 2013

Mee Rebus




Sekilo mee(dibersihkan dan dibersihkan sekali lagi dengan air panas)
400gm daging(potong besar)
3 labu bawang besar(kisar)
6 ulas bawang putih(kisar)
2 biji cili merah(kisar)
3 sudu besar cili giling
2 batang serai(kisar)
2 inci lengkuas(kisar)
Seinci halia(kisar)
1 sudu besar ketumbar(goreng kering dan tumbuk)
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar serbuk kari
3 biji ubi keledek(rebus dan kisar)
1/2 cawan udang kering(kisar)
1 biji buah keras(kisar)
1 kiub pati daging
1/3 cawan santan
3 sudu besar air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Rebus daging bersama air hingga daging empuk.  Masukkan juga sedikit garam.
Tumis bahan blender, cili giling, ketumbar, bunga lawang dan serbuk kari hingga wangi.
Masukkan air rebusan daging.
Masukkan juga ubi keledek dan air asam jawa dan kiub daging..
Masukkan santan.
Masukkan gula dan garam.
Masak hingga mendidik dan naik minyaknya.

Bahan Tambahan
Taugeh
Daun bawang
Bawang goreng
Kacang tumbuk
Tauhu digoreng
Fish cake digoreng
Fish ball digoreng
telur rebus
Tomato direndam sekejap dengan air panas dan dipotong
Daging rebus tadi dipotong nipis
Limau nipis/kasturi

2 comments:

  1. pagi2 dh nmpak mee rebus.. buat sy lapar lah kak yah...

    ReplyDelete