translate

Monday, 4 March 2013

Puding Roti Pelangi


Resepi asal dari Azlita Masam Manis
(Telah berlaku sedikit pengubahsuaian dalam sukatan agar-agar dan air)

10gm serbuk agar-agar
500ml air
3 keping roti
2 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin(besar) susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar gula
Pewarna

Masak agar dengan air hingga mendidih.
Blender roti bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, jus lemon dan esen vanila hingga hancur.
masukkan ke dalam periuk agar-agar tersebut.  Biar mendidih.
Angkat dan ambil/keluarkan 4 senduk dan setiap senduk masukkan 1 warna.(merah, hijau, biru dan puple)
Tuang adunan plain ke dalam bekas dan tuang sedikit demi sedikit adunan bewarna secara berselang seli di atas permukaannya sehingga habis.
Bekukan dan sedia untuk dipotong.

10 comments:

  1. Cantik nyer akak kek nie rajin sungguh akak kan sayang rasa nk makan :)

    ReplyDelete
  2. Kak xyah nk tunggu keras dulu ker ms tuang yg warna tu...xkan bercamour kaler ker kak...
    Tp hasil yg akak buat mmg cantik..

    ReplyDelete
  3. as-salam kak
    cantik sgt puding ni..nak di cuba lagi ni..

    ReplyDelete
  4. tak perlu tunggu keras...iakan sedikit pekat tak jadi masalah kita tuang kat atas tu yang warna..

    ReplyDelete
  5. Asslmkm Kak..
    Wow!..Cantiknya corak2 tu..Kemas pulak tu..Kagum sebab pandai dan keratif buat mcm tu

    ReplyDelete
  6. Kak Yah,
    Cantik sungguh kejadiannya... kalau umi rasa sayang plak nak makan

    ReplyDelete
  7. As'salam Kak Yah

    memang serius ct suka tengok, nanti nak cuba. terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  8. Yg bewarna tu dulu atau yg plain dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang plain dulu dan terus letak yang bewarna

      Delete