translate

Monday, 25 March 2013

Udang Masak kantan

15 - 20 ekor udang segar
3 biji cili merah(kisar)
Sekuntum bunga kantan(kisar)
4 biji bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
1 sudu besar cili giling
Sedikit halia (kisar)
Sebatang serai(kisar)
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu teh kicap manis
Setengah labu bawang besar
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili giling hingga naik wangi.
Masukkan udang, kicap dan air asam jawa.
Masukkan garam dan gula (mengikut keperluan)
Kacau sehingga udang masak.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
Setelah bawang layu bolehlah diangkat.

2 comments:

  1. nampak sedap n warna yg menarik

    ReplyDelete
  2. Ermmm menu yg menarik untuk dicuba mekasih Kak Yah kongsi resepi nie :)..

    ReplyDelete