translate

Wednesday, 4 December 2013

Satay dan kuah kacang

Satay Ayam
Seekor ayam dipotong empat dan dibuang tulangnya dan dipotong kecil-kecil
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci lengkuas
1 sudu besar jintan manis- jangan yang serbuk
1 sudu besar jintan putih - jangan yang serbuk
3 sudu besar ketumbar- jangan yang serbuk
1 inci kunyit
2 batang serai
Gula dan Garam - Gula agak banyak kalau 2 kilo ayam hampir 1/4 kilo gula

caranya
Bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit diblender dengan sedikit air.
Jintan manis, putih dan ketumbar digoreng tanpa minyak sehingga berbau wangi dan diblender kering
Campurkan semua bahan tersebut dan masukkan gula dan sedikit garam dan peraplah bersama ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan tadi selama 1 jam.
Siap untuk dicucuk.dan dibakar.(kalau kak hanya masak atas pan rata dan telah disapu minyak dan bercampur sedikit air perapan satay tadi)

Kuah Kacang
1 1/2 cawan kacang tanah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas
3 sudu besar cili giling
3 batang serai
3 sudu besar air asam jawa
2 keping gula melaka
sedikit belacan
Gula dan garam
1 cawan Santan( kalau kuah nampak pekat boleh tambah air)

Kacang tanah digoreng di dalam minyak sehingga kelihatan masak dan ditoskan dan diblender dengan lapisan kulit nipisnya bersama air.
Bawang-bawang, halia dan lengkuas diblender dengan sedikit air dan ditumis besama serai yang telah diketuk dan cili giling dan belacan sehingga naik bau. Masukkan kacang yanng telah diblender tadi. Kemudian masukkan santan , air asam jawa, gula melaka  dan garam rasalah  untuk kesesuaian lidah masing-masing.  Biar mendidih agak lama atau sehingga pekat dan naik minyak.

1 comment: