Bahannya(kek coklat)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Semua bahan diayak.
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 sb susu tepung
Kacau sebati semua bahan dan dimasak atas api yang perlahan hingga mendidih pastikan jangan hangit..guna whisk/pemukul telur. Ketepikan.
2 biji telur
1 sk esen vanila
50ml air panas
Panaskan oven dengan suhu 180C
Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang dimasak. Kacau sebati.
Masukkan telur dan esen vanila. Kacau dengan pemutar telur tangan..
Masukkan air panas. Kacau sebati.
Masukkan dalam bekas yang diinginkan.(kalau kek saiz besar bakar selama 50 minit/sehingga masak atau kalau saiz di atas selama 15 - 20 minit.
Bila kek sudah sejuk bolehlah disapu/tuang dengan krim keju.
Krim Keju
250gm krim cheese
200gm whippng creme
3 sudu besar gula kastor
Putar krim cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula. Putar.
Masukkan whipping creme dan putar sehingga kelihatan putih dan berkrim.
Salam Kak yah..tgk kek leleh ni,air liur pon sama meleleh gak!(^_^)
ReplyDeleteMeleleh air lioq nengok kek kak yah... yummy!!!
ReplyDelete