translate

Monday, 20 January 2014

RVC Keju Leleh


Kek red Velvet
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung gandum, baking powder, serbuk koko, susu tepung dan , sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis sambil memukul dengan kelajuan sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah.
Campurkan baking powder dengan cuka dalam mangkuk kecil.  Kacau dan pastikan ianya berbuih.
Segera masukkan ke dalam adunan dan kacau biar sebati.  
Masukkan ke dalam bekas seperti di dalam gambar.
Susun dalam loyang yang sesuai.
Bakar dalam oven dengan suhu 170C dan selama 25 minit.(pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu)

Lapisan keju
250gm krim cheese
200gm whippng creme
3 sudu besar gula kastor

Putar krim cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula.  Putar.
Masukkan whipping creme dan putar sehingga kelihatan putih dan berkrim.

Sapu atas kek tadi dan boleh juga ditabur dengan parutan cheedar.
Simpan di dalam peti sejuk seketika.

cara buat kek dan prosesnya boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/03/green-velvet-cheese-cakestep-by-step.html

Satu adunan kek kita boleh dapat dalam sekitar 17 biji kek untuk bekas seperti di atas.

1 comment:

  1. terima kasih untuk resep makananya yang sangat bagus

    ReplyDelete