translate

Wednesday, 22 January 2014

Donut Kentang

Terima kasih pada sumber resepi Ros Jintan Manis

Bahannya
500gm tepung gandum
4 biji kentang(rebus dan lenyek)
3 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
3 sudu besar shortening

Sepeket yis mauripan(11gm)
1 biji Telur(pukul dengan garfu)
Air
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan salutan
Gula pasir halus

Masukkan telur dalam mangkuk, masukkan susu pekat dan air.  Biar sukatan menjadi lebih kurang 200ml.
Masukkan yis dan biarkan sehingga berbuih.

Dalam bekas lain, masukkan tepung, kentang, gula, shortening dan susu tepung...Biar bercampur.
Bulatkan lubang di tengahnya.  Masukkan cecair tadi dan adun biar menjadi ketulan yang kasar.
Masukkan dalam beg plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Cara mengulinya boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/05/donat-mayoniscara-menguli-tangan.html
Masukkan adunan ke dalam bekas/mangkuk besi dan perap seperti yang telah dirujuk tadi.
Bila adunan telah kembang tumbuk dan buat ketulan yang kecil(dapat dalam sekitar 25 biji)
Lubangkan ditengahnya dan letaknya pada dulang yang telah di sapu sedikit tepung.
Apabila sudah mengembang(20 minit) goreng dengan minyak yang banyak(api perlahan)
Apabila kekuningan angkat dan toskan.
Salut dengan gula pasir halus.


3 comments: