translate

Sunday 3 June 2012

Nasi Briyani dan Dalca Daging

4 cawan beras
4 cawan air
2 sudu besar vanaspati( margerin khusus untuk menumis sebarang nasi)
3 sudu besar minyak masak
sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaha
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
 5 sudu besar susu pekat
sebungkus perencah beriani Maggi
3 ketul ayam
Daun kari
Sehelai daun pandan
Gula dan garam
Kismis

Panaskan vanaspati bercampur dengan minyak masak dan tumis daun kari dan rempah kasar seperti kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik wangi.  Bawang merah, putih dan halia  di diblender. Masukkan ke dalam bahan tumis tadi dan bila naik bau masukkan perencah maggi dan kacau biar sebati.  Masukkan ayam dan beras yang telah dibersihkan dan ditoskan.  goreng seketika dan kemudian  masukkan kedalam periuk nasi elektrik dan akhirnya masukkan air, susu , daun pandan, gula dan garam.  (rasalah airnya dan tambah apa yang patut iaitu gula dan garamnya.  masak seperti mana biasa..  Bila nasi sudah masak boleh masukkan kismis dan gaul biasa serata.


Dalca Daging 
Daging, perut dan paru-paru(ikut kesukaan seberapa banyak)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga hindi(3) dan bunga lawang(2)
4 sudu besar Rempah kari Alagapas/babas
1 sudu besar kacang dal
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji terung
4 biji cili hijau
2 biji kentang
Beberapa biji bendir
Santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Daging dipotong kecil-kecil sementara perut dan paru-paru direbus.Pastikan perut direbus sehingga betul-betul masak. Seterusnya dipotong kecil.
Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selep[as itu masukkan serbuk kari dan biarkan sekejap sambil dikacau dan seterusnya masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi ,masukkan juga kacang dal yang telah direndam sekettika dan masukkan sedikit air, kacau dan tutup periuk supaya daging mudah empuk dan pastikan jangan hangit.(guna api yang kecil)- kalau nak guna periuk tekanan pun okey.Apabila daging emput boleh masukkan peparu dan perut yang telah dipotong kecil tadi. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Masukkan santan dan ubi kentang.  Biar sedikit mendidih. Masukkan terung yang telah dipotong dan cili hijau.pastikan terung betul-betul masak dahulu sebelum kita masukkan bendir.  Masaklah sehingga dalca kita naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.

4 comments:

  1. Salam kenal kak Yah.
    Sedapnya...faveret saya ni.

    ReplyDelete
  2. dh terliur sgt nih...dh la belum lunch...seksa..seksa...

    ReplyDelete
  3. menu nasi beriani memang menjadi sajian yang selalu dihidangkan pada hari2 biasa...anak-anak dan suami memang amat sukakan hidangan ini lebih2 lagi bila dipadankan dengan dalca yang kak buatkan dan dalca ni memang menjadi lauk yang disukai oleh sedara mara dan kawan2..bila ada open house kat rumah..mereka akan cari lauk ini dulu...

    ReplyDelete