translate

Sunday 1 July 2012

Udang Tempura



Bahan-bahan
Beberapa ekor udang sederhana besar(dikupas kulit dan dibiarkan ekornya)
seulas bawang putih(ditumbuk)
lada sulah
putih telur
tepung tempura

Cara
1. Udang dicuci dan dilumur dengan bawang putih dan lada sulah.
2. Tepung tempura dicampur dengan putih telur, sedikit lada sulah dan sedikit air(jangan pekat dan cair sangat).
3. Celupkan dengan udang tadi dan digoreng hingga kekuningan.


Sos
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Potongan dadu bawang besar
Sebiji tomato dipotong dadu
Beberapa biji cili api dipotong kecil
Sebiji limau nipis diambil jusnya
Gula dan garam
Sedikit air suam


Campurkan kesemuanya dan rasalah biar ada rasa manis dan masam limau.

5 comments:

  1. Kak yah memang nampak sedap.Mesti krup..krap..krup krap kan??

    ReplyDelete
  2. kak cukup suka guna tepung tempura keluaran tesco berbanding dengan yang lain2...selain mudah digunakan memang ianya cukup rangup dan kerangupannya agak tahan lama...

    ReplyDelete
  3. As salam. Belum pernah lagi membuat sendiri. Tahu makan jer

    ReplyDelete