translate

Sunday, 12 August 2012

Bihun Tomyam

2 keping bihun
Serbuk kunyit
4 ulas bawang putih(diketuk)
3 batang serai(diketuk)
4 helai daun limau purut(dibuang tulangnya)
4 biji cili padi(diketuk)
2 biji limau nipis(diambil jusnya)
1/2 sudu besar cuka
Bunga kobis
Ketiak jagung
Carrot
Tomato(dibelah 4)
2 ekor sotong(dipotong bulat)
10 ekor udang(dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
beberapa ketualan kecil isi ayam
Bebola ikan/fish cake/bebola daging
Gula dan garam
Air secukupnya
Minyak

Caranya
Celur behun dengan air yang secukupnya.  Masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Apabila nampak masak toskan .
Biarkan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama cili padi   Biar naik bau kemudian masukkan serai dan daun limau purut.  Kemudian masukkan air secukupnya.
Bila mendidih masukkan isi sotong, ayam dan udang.  Masukkan juga bebola ikan.
Masukkan cuka dan jus limau nipis.
Masukkan sayur-sayur yang telah dipotong.
Masukkan gula dan garam
Dihidang bersama behun yang telah dicelur tadi.Bolehlah diletakkan juga daun sup atau daun ketumber.

3 comments:

  1. kalau bihun tomyam ni mmg peberet En Hubby la..kalau masak tomyam mesti kena lebih..pastu bila dh hbis nasi makan lak ngn mihun ker kuewtiow ker...

    ReplyDelete
  2. sebut je tomyam terus kecur.. sabar jelah.. hehe.. feberet sy tomyam ni.. tp en. suami tak suka sbb dia tak suka bau daun limau purut tu...

    ReplyDelete
  3. Mantap nih :) Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete