Untuk Pulut
Sekilo beras pulut direndam setengah hari
segelas santan pekat
Segelas santan cair
Garam
Gula
Bunga cengkih sekadar beberapa kuntum
Daun pisang yang telah dilayur
Inti
Serunding daging
Panaskan pengukus dan kukus pulut sehingga masak.
Angkat dan masukkan santan cair yang telah ditambah dengan sedikit gula dan garam. Gaul sebati.
Kukus semula sehingga periuk kelihatan naik wap.
Angkat dan masukkan santan pekat yang telah ditambah dengan garam dan bunga cengkih. gaul dalam pulut sehingga betul-betul sebati. Ketepikan
Masukkan sedikit pulut ke dalam daun pisang dan masukkan inti serunding daging di dalamnya dan kemaskannya dengan menggunakan stepler atau lidi kelapa disetiap hujungnya.
Bolehlah dipanggang di atas kuali permukaan rata sehingga daunnya kelihatan sedikit hangus.
No comments:
Post a Comment