translate
Friday, 3 August 2012
Roti Jala dan Kuzi Ayam
Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
sedikit garam
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Sebiji telur
Adunkan semua bahan tersebut dan ditapis untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.
Dengan menggunakan bekas roti jala kirailah ia dalam kuali yang disapu sedikit minyak dan apabila masak boleh digulung atau dilipat segitiga.
Kuzi Ayam(kuzi cara mudah)
1/3 ekor ayam dipotong dan dibersihkan dan diperap seperti nak goreng ayam.
2 biji ubi kentang
sedikit kismis
sedikit kacang gajus
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tomato atau tomato puree
Rempah kasar(kulit Kayu manis(1), pelaga hindi(3) dan bunga lawang(2)
2 sudu besar rempah kuzi..(kalau tiada guna rempah kurma pun okey)
Setengah tin susu cair
Air(tidak kisah bila nampak kuah pekat boleh tambah air lagi masa sedang memasak)
3 sudu besar Bawang goreng(beli yang dah siap di kedai
Sehelai daun pandan
Gula dan garam
1.Ayam digoreng begitu juga ubi kentang yang telah dipotong kecil, dan kismis juga digoreng di dalam minyak yang panas.
2. tumiskan bawang merah, putih dan halia yang telah diblender sehingga naik bau dan masuklah rempah kasar, sos tomato dan rempah kuzi.Masukkan juga bawang goreng. Selepas itu masukkan daun pandan, susu cair dan air. Masuklah ayam, ubi kentang dan buah kismis yang telah digoreng tadi. Masukkan gula dan garam. Pastikan kuzi ayam kita betul-betul mendidih dan bolehlah dimakan bersama roti jala.
Sebenarnya kuzi ini yang mudah disediakan dan kalau orang tua-tua dulu cara pembuatan agak rumit seperti bawang besar digoreng hingga garing dan juga ada penggunaan zafferan.Juga penggunaan tomato puree.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nyum! nyum! terliurnyer tgk, huhu~
ReplyDeletesaya tumpang share resipinya.
ReplyDelete