Suku kilo daging(dipotong kecil dan dibersihkan)
5 ulas bawang merah(kisar)
Seulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
1 sudu besar cili kisar
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sudu besar serbuk kari kerutuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar air asam jawa
sebiji tomato
Sebiji lada merah
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili giling. Bila naik wangi masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. kacau seketika. Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air. Kacau biar naik minyak. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan daging dan tambahkan juga dengan air secukupnya. Kacau dan didihkan sehingga daging empuk. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Kalau daging kurang empuk boleh tambah semula dengan air dan didihkan seketika. Masukkan buah tomato dan cili merah. Angkat bila daging betul-betul empuk.
No comments:
Post a Comment