translate

Saturday 20 October 2012

Kulit Tart Step by step

Tatacara Menghasilkan Kulit Tart












Kaedah 2 untuk memasukkan adunan kulit tart ke dalam acuan tart
Setelah kita ratakan adunan pada dasar acuan tart, kita bolehlah mengemaskan tepinya dengan cara yang sama iaitu menggunakan belakang pisau.


Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.  

bagi membuat inti cis dan caranya..sila rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/tart-kejuprosesnya.html

25 comments:

  1. terbalikkan acuan pun otomatik kulit tart akan terkeluar even masih panas. tak perlu cungkil

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Yah. Just nak tanya, adunan tu kalau kita canai dulu boleh tak? Dan lagi satu, kulit tart mesti dikeluarkan semasa masih panas daripada acuan atau boleh tunggu sehingga sejuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentulah blh kalau nak canai tapi lebih senang tekan kat tapak tangan aje..tidak menyusahkan..sebenarnya kalu dah sejuk pun masih blh keluarkan kulit tart, cuma dibimbangi akan sedikit patah..tapi yg tadi pun adunan terakhir bakar kat biar dlm oven dan bila kak keluarkan..masa dah sejuk senang juga dia keluar..

      Delete
  3. tak perlu gris dulu ke acuan tu kak yah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat melekat laaa... kenapa? susah sgt nak kuarkan dr acuan.

      Delete
    2. saya buat melekat laaa... kenapa? susah sgt nak kuarkan dr acuan.

      Delete
    3. macam mana boleh melekat..bila dah siap bakar cungkil dengan lidi pengcungkil gigi..kalau kak buat mudah sangat2..

      Delete
  4. Replies
    1. mungkin untuk merangupkan kulit tart kita kottt

      Delete
  5. Nice sharing kak yah..baru M tau..

    ReplyDelete
  6. air sejuk?air dr freezers ke air biasa kak?

    ReplyDelete
  7. tq kak yah atas perkongsian :) zila66

    ReplyDelete
  8. Salam.knpa sllu sy wat tart xjd bntuk sms bakar ye?mksd sy xjd cm kerang.bentuk dia menurun:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana tak jadi kita bakar kan dlm acuan dia..

      Delete
    2. Macam mana tak jadi kita bakar kan dlm acuan dia..

      Delete
  9. salam...saiz acuan tat guna saiz ape?

    ReplyDelete
  10. minta izin guna resepi ni..

    ReplyDelete
  11. minta izin guna resepi ni..

    ReplyDelete
  12. Kenapa masa bakar shell tart keluar minyak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak keluar minyak la..kenapa jadi macam tu..kita guna mentega kan..

      Delete