Bahan-bahannya
1 mangkuk tapai pulut
1 mangkuk gula
2 mangkuk tepung beras
2 mangkuk air
Sepeket eno
Caranya
Blender tapai pulut, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno dan kacau. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan adunan sehingga hampir penuh. Kukus selama 15 - 20 minit.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam.
Assalamualaikum....
ReplyDeleteSalam perkenalan Kak Yah.
Sedapnya apam tapai pulut.Saya ni memang peminat kuih apam. Bolehlah saya cuba nanti.
lihat cara pembuatan tapai pulut di www.sukriramli.tk atau lawati facebook kami www.facebook.com/tempahantapaipulut
ReplyDelete