translate

Wednesday 13 February 2013

Kek Lapis Blueberry Cheese

Terima Kasih Amie(Salami Simon) atas perkongsian kek ini yang sungguh Sedapp...
Sumber RSR - Brother Rozzan

450gm mentega
250 krim keju
1 sudu besar ovelette
170gm gula halus
10 biji telur
1 tin(400gm) susu pekat manis
300gm tepung hongkong
100gm horlick
250gm blueberry filling
1 sudu teh esen blueberry(tak guna)
Pewarna ungu

Putar mentega dengan krim keju serta ovellete hingga kembang.
Kemudian masukkan gula.  Apabila semuanya nampak kembang dan lembut, memasukkan telur satu persatu.  Kemudian masukkan susu pekat.  Dengan kelajuan yang sederhana masukkan tepung hongkong(yang telah diayak) dan horlick..  Biar sampai sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama banyak.  Satu adunan masukkan blueberry filling dan pewarna ungu.(dan juga esen blueberry).  Adunan yang satu lagi biar plain sahaja.
Panaskan oven dengan suhu 180C - 200C
Sapu loyang dengan sedikit lebihan mentega dan alas dengan kertas kek.
Ambil sesenduk adunan plain dan ratakan pada loyang kita.  Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit.  Kemudian masukkan sesenduk juga adunan yang bercampur blueberry di atas lapisan kek yang pertama(pastikan kalau adunan pertama ada sedikit mengelembung cucuk-cucukkan dengan lidi pada kawasan tersebut.)  Untuk proses membakar lapisan kek yang kedua dan seterusnya HANYA gunakan api atas sahaja.  Setiap pembakaran menggunakan masa selama 10 minit.  Lakukan proses ini berselang seli antara dua adunan tersebut.
Lakukan sehingga habis adunan tersebut.(untuk lapisan terakhir kak bakar selama 15 minit.)


5 comments:

  1. Bilalah nak datang rajin saya melapis nipis2 gini kak Yah... sedapkan kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de la...yang penting anak2 dan suami dapat makan air tangan ibunya..apa-apa pun terima kasih banyak2 kerana membuka hati kak untuk melapis...banyak2 kak lihat resepi kek lapis resepi amie membuka hati kak untuk mencuba..

      Delete
  2. Resipi diblog ni memang best2 belaka

    ReplyDelete