translate

Saturday 9 February 2013

Proses membuang tulang ikan..Siakap 3 Rasa.


Hari ini..cuti Tahun Baru Cina..kak nak kongsikan dengan kawan-kawan cara membuang tulang ikan untuk ikan siakap dan juga kerapu..kalau kita makan kat restoren atau hotel mereka buat cara ni..anak-anak pun kita tak bimbang kalau makan sebab tulangnya sudah clear......taklah bimbang takut tercekik tulang nanti...dan resepinya kat copi pes dari blog kak yang lepas..Siakap Tiga Rasa..Selamat mencuba.....


Menggunakan pisau yang tajam, rapatkan mata pisau disebelah atas tulang utama ikan dan potong memanjang sepanjang atas tulang ikan tersebut(pastikan jangan sampai terbelah belakangnya)



Proses yang sama, lakukan cara yang sama untuk bahagian tulang di sebelah bawah pula(untuk memudahkan ubah kedudukan ikan tersebut..lihat kedudukan kepala ikan untuk gambar atas dan yang ini


Menggunakan gunting khas(guna pisau pun boleh..) potong bahagian bawah tulang utama tersebut.

 Lakukan cara yang sama untuk bahagian atas tulang tersebut


Tarik tulang tersebut..kalau susah untuk tanggal gunakan gunting untuk menanggalkan bahagian yang melekat tersebut.

 Haaa..Senangkan...dah tertanggal kesemua tulang yang memanjang tersebut.


Menggunakan alat mencabut tulang guna playar(plier)..mintak dengan suami tau.., atau kalau dia tak bagi pisau pun boleh..tapi berhati-hati dengan jari...
Selepas itu pastikan tulang-tulang dibuang kesemuanya.  Akhirnya menggunakan gunting atau pisau potong ekor, sirip dan apa-apa yang patut...
Dan bersihkan dengan melumur dengan asam jawa dan cuci dengan air bersih akhirnya...

Seekor ikan siakap dibuang isi perutnya dan dibelah kiri kanan sebelah bawah dan dibuang tulangn ya
4 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos  tiram
1 biji Lada Benggala
Beberapa potongan nenas dalam tin
2 keping cendawan hitam
2 sudu besar sayur campur
sedikit kiub tomyam
Sedikit tepung jagung
lada sulah
gula dan garam
Air asam jawa (untuk membasuh ikan)

Ikan dibersihkan dan dibasuh dengan air asam jawa.  Ambil seulas bawang putih dan ditumbuk dan dilumurkan bersama garam pada keseluruhan ikan tersebut.  Sapukan juga sedikit lada sulah.  Perap seketika.  Sebelum digoreng sapukan ikan dengan tepung jagung dan dengan menggunakan minyak yang banyak gorenglah ikan kita sehingga masak.(Pastikan semasa menggoreng buka belahan ikan(kangkangkan ikan tersebut..hehehe..)
Untuk kuah
Panaskan minyak dan tumislah bawang putih  sehingga naik bau.  Kemidian masukkan sos cili. sos tomato dan sos tiram.  Masukkan juga bawang besar yang telah dipotongf nipis.  Masukkan juga cendawan hitam yang telah dipotong kecil, lada benggala yang telah dipotong mengikut kesukaan kita, sayur campur  nenas dan sedikit kiub tomyam (kalau tak nak masukkan pun tak apa).  Masukkan sedikit air.  Masuklah juga gula dan garam dan tumislah kuah tersebut seketika. Masukkan kuah sos tesebut kedalam ikan siakap dan dihidangkan.



1 comment:

  1. As salam. Best la blog ini.. Banyak resipi2 yang sedap dan menarik!

    ReplyDelete