translate

Wednesday 6 February 2013

Red Velvet Layer Cheesecake

Kek red Velvet
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah ke dalam adunan. kacau sebati.   Campurkan dan kacau  baking powder dengan cuka, kemudian masukkan  ke dalam adunan  Kacau sebati adunan tersebut.  .Ambil 3 sudu besar daripada adunan tersebut untuk lakaran marble.   Bahagikan kepada dua adunan sama banyak.  Satu adunan masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak)  Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang kurang separuh daripada lapisan keju dan bakar selama  10 - 15 minit  Keluarkan dari oven dan masukkan adunan yang kedua tadi.  Bakar semula selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.  Selepas itu tuang lapisan krim cis dan buat lakaran marble (caranya adunan yang disimpan (3 sudu besar tadi masukkan dalam plastik asing gunting hujungnya dan paip secara memanjang dalam loyang kek empat persegi kita itu dan menggunakan lidi atau apa-apa pun ditarik lakaran tersebut)  Bakar semula selama 15 - 20 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Cara membuat krim keju...
Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.

2 comments: