translate

Wednesday 6 March 2013

Agar-Agar Telur

Bahan A
7 biji telur
2 cawan santan pekat
3 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh perasa pandan

Bahan B
10gm agar-agar serbuk
600ml air
10 sudu besar gula

Sediakan pengukus dan panaskan air hingga mendidih.
Pukul(dengan garfu) telur bersama santan, gula, garam, perasa pandan dan esen vanila.
Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiapnya dengan warna merah, hijau, biru dan kuning.
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Sediakan bekas dan dengan menggunakan sudu yang tajam tepinya(kak guna sudu plastik biasa) sendukkan nipis-nipis dan susun berselang seli warnanya.

Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
Masukkan gula dan biar mendidih lagi.
Tuang agar-agar secara perlahan-lahan ke dalam bekas tadi.  Tuang biar mencecah lebih sedikit sahaja.
Mungkin ada lebihan agar-agar tersebut...buatlah agar-agar biasa...letak sirap ke atau sebagainya....
Bekukan dan siap untuk dipotong.



8 comments:

  1. Assalamualaikum..nampak menarik...macam boleh juga nak menerainya ni...

    ReplyDelete
  2. Ni bukan agar-agar5 telur sebarangan ni Kak Yah... ni dah telur berpelangi ni...he he ehhh cantik!

    ReplyDelete
  3. cantikla agar2 ni.. nak cuba..nak cuba..

    ReplyDelete
  4. wahhhh.. mmg cantik.. pernah ternampak resepi yg lebih kurang resepi gini dlm majalah.. tp lupa dah majalah apa.. mmg ada hajat nak cuba.. tp terus terlupa dek kesibukan.. hehehe.. cantiklah kak... nnt leh cuba dah ada resepi kat sini.. nak cari majalah tu entah kat ceruk mana & entah yg mana satu jenuh nak cari...

    ReplyDelete
  5. kak hanya letak nama agar-agar telur tak berpelangi sebab banyak sangat kuih muih ni yang ada nama pelangi..lagi pun pelangi kan ada 7 warna ni baru 4, nanti marah cikgu sains pulak....kak pun dulu dapat resepi ni dari kawan kat sekolah, yang ni pun kak main redah aje sukatan bahan2nya sebab dah lupa tapi syukurlah agar-agar yang kawan2 panggil agar-agar cikMa menjadi...

    ReplyDelete
  6. cantiknya agar2 tu..warna-warni..

    ReplyDelete
  7. Menarik Nampak...tapi mcm Susah jer nak buat Ni.....

    ReplyDelete