Bahannya
1 cawan kacang urid dhal/ulunthu
2 cawan beras
1 sudu teh halba
Semua bahan dibasuh dan direndam semalaman.
1 cawan nasi dingin
3 cawan air
1 sudu teh garam(dimasukkan ke dalam adunan semasa proses menggoreng)
Toskan campuran tadi dan diblender bersama nasi dingin dan air sehingga halus/hancur.
Masukkan dalam bekas yang agak besar dan bertutup.
Simpan 6 jam/semalaman/seharian.
Adunan akan bertambah sekali ganda.
Jangan perap terlebih lama sangat. Selepas perapan kita boleh simpan dalam peti ais.
Bila nak menggorengnya masukkan garam dan kacau rata.(pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair..kalau terlalu pekat tambah sedikit air sejuk)..sukatan air yang kakyah buat ni sudah sesuai tetapi mungkin bergantung juga pada jenis beras.
Gunakan api yang perlahan semasa proses menggoreng.
Sapu sedikit minyak pada kuali yang permukaannya rata.
Ambil sesenduk adunan dan diletakkan pada tengah kuali.
Dengan menggunakan belakang senduk tersebut nipiskan adunan dari tengah ke tepi kuali secara membulat.
Tutup adunan tersebut dan lebih kurang 2 minit adunan tersebut akan masak dan sedikit garing.
Lipatkan dan boleh dihidang bersama kuah kari atau apa2 yang sesuai.
translate
Friday, 27 December 2013
Wednesday, 25 December 2013
Donat Keju Leleh
Bahannya
400gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan(sekejap sahaja dan bukannya uli betul-betul) dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan masukkan dalam bekas bertutup (kalau kak cuma tutup dengan plastik raping dan letakkan di atas permukaan atas oven kita yang sedang dipanaskan dengan suhu sekitar 160C selama 1/2 jam(kak alas dengan redai besi kek kita tu di atas permukaan oven tersebut)...Peringatan JANGAN letak dalam oven tapi di ATAS oven kita tu...
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit(letak bulatan donat ini di dalam dulang yang beralas kertas kek.
4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
5.Toppingkan dengan keju dan ditabur dengan parutan cheddar.
Krim keju leleh
Lapisan keju
250gm krim cheese
200gm whippng creme
3 sudu besar gula kastor
Parutan cheddar
Putar krim cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula. Putar.
Masukkan whipping creme dan putar sehingga kelihatan putih dan berkrim.

Saturday, 21 December 2013
Sup Tulang
bahan-bahannya
Sekilo tulang lembu
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 ketul rempah punjut
sebatang serai(ketuk)
2 inci halia
seketul lengkuas
beberapa biji cili padi
Gula dan garam dan air asam jawa.
caranya
1. tulang lembu dibersihkan dan direbus sampai mendidih dan kemudian dibuang airnya. Masukkan semula air yang lain dan direbus bersama sup punjut.
2 Sementara itu, bawang-bawang dimayang begitu juga dengan halia dihiris nipis dan digoreng bersama rempah ratus tadi., Cili, serai dan lengkuas turut digoreng sama . Apabila sudah sedikit garing dan wangi bahan tersebut bolehlah ditoskan dan dimasukkan kedalam periuk rebusan tulang tadi . Biarkan sampai betul-betul empuk(kalau nak cepat masaklah dalam periuk tekanan seperti yang akak selalu buat.Garam dan bahan perasa dimasukkan mengikut kesukaan. Sebelum diangkat masukkan juga sedikit air asam jawa juga mengikut kesukaan. Hidangkan mengikut cara hiasan masing-masing

Thursday, 19 December 2013
Solok Lada
8 biji lada hijau(belah memanjang dan dibuang bijinya)
4 ekor ikan selayang(sesetengah orang panggil ikan sardin) - diambil isinya
Sebiji telur
Secawan kelapa parut putih
4 biji bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit halia(suku inci halia)
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu besar biji lada hitam
1 sudu besar gula(ikut kesukaan)
Sedikit garam
Daun kadok(jika ada)
Lada hitam ditumbuk biar sedikit hancur. Masukkan gula dan garam. Tumbuk.
Masukkan bawang merah, putih dan halia. Tumbuk.
Bila kesemuanya sudah lumat/hancur masukkan isi ikan. Tumbuk lagi.
Masukkan kelapa parut. Tumbuk biar nampak sebati kesemuanya.
Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas lain.
Pecahkan telur dan dikacau biar sebati.
Masukkan campuran bahan ini ke dalam lada hijau tadi(kalau bimbang tangan akan panas proses membuang biji lada dan mengisi solok ini dilakukan dengan memakai sarung tangan plastik)
Susun daun kadok biar menutupi dasar periuk.
Masukkan solok dengan menyusun bahagian belahan lada berisi solok kedudukannya di atas.
Tuang santan biar mengenai lada-lada tadi. Pastikan santan mencukupi dan tidak kering bila kita memasaknya nanti.
Masak dengan api yang perlahan sehingga lada menjadi layu dan kelihatan isinya pejal dan masak.
Wednesday, 18 December 2013
Home made Aiskrim
Bahan-bahannya
3 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat manis
2 cawan susu tepung
250gm whipping creme
1 sudu besar ovelete
1 susu teh vanila
Putar kesemua bahan sehingga pekat.
Simpan dalam peti ais bahagian beku semalaman.

Tuesday, 17 December 2013
Roti Boy/Maxican Bun
Doh Roti
500gm tepung gandum
1 paket mauripan
2 sudu besar shortening
2 sudu besar mentega
4 sudu besar water roux
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
200gm air suam
Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat. Sejukkan.
Caranya
Campurkan terlebih dahulu telur, air dan susu pekat(biar menjadi 200ml)
Masukkan yis(mauripan) dan biarkan ia menjadi berbuih.
Campurkan ke dalam bahan-bahan di atas. Adun/uli biar menjadi satu doh yang kasar(ambil masa dua tiga minit sahaja.
Masukkan ke dalam plastik beg dan diuli di dalam bekas mangkuk yang kita guna untuk menguli tadi.
Lakukan selama lebih kurang 5 minit atau adunan menjadi elastik.
Keluarkan dari beg plastik dan uli dan bulatkan doh tersebut.
Masukkan dalam bekas mangkuk dan tutup bekas tersebut.
Untuk mempercepatkan proses pengembangan kak letak mangkuk itu di atas oven dan onkan selama 20 minit dan biarkan api dipasang di sebelah atas sahaja.(letak diluar oven/di atas oven)
Bila masa sudah tamat biarkan ia seketika lagi dan pastikan adunan mengembang sekali ganda.
Tumbuk adunan dan uli bulatkan semula doh tersebut.
Buat bulatan/ketulan sebanyak 17 biji semuanya.
Masukkan inti filling dan tutup dengan sebaiknya. Pastikan ditutup dengan baik dan kemas sebab ia boleh menjejaskan rupa bun kita bila masak nanti.
Masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas kek.
Pastikan kita letak berjarak antara satu sama lain(jangan biarkan bun kita bercantum bila proses pembakaran kelak.
Biarkan bun kita mengembang (ambil masa 20 minit)
Masukkan adunan topping ke dalam paping beg dan paipkan secara spiral bermula dari tengah bun kita.(paip secara membulat bermula dari tengah)
Tak perlulah kita paipkan sehingga habis permukaan bun tersebut sebab bila proses pembakaran topping akan mencair dan akan meleleh turun kebawah.
Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
Filling
200gm mentega
70gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
Pukul/putar semua bahan sehingga kembang.
Topping
200gm mentega
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1 sudu kecil kopi emulco
3 biji telur
130gm gula asing
Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
Masukkan kopi emulco dan pukul lagi.
Masukkan kedua tepung yang telah diayak.
Pukul biar kelihatan berkrim.

Saturday, 14 December 2013
Home Made Fish Ball
500gm ikan dori(boleh beli kat dingin beku pasaraya)
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
Serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu teh soda bicarbonat
6 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung ubi kayu
Garam secukupnya
60ml air sejuk dari peti ais
Sedikit gula
Apabila ikan sudah cair bekunya, rendam seketika dalam larutan cuka yang bercampur dengan air(untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut)
Jikalau menggunakan food processor, masukkan semua bahan dan kisar sehingga hancur dan lumat.
Kalau cara biasa tumbuk/blend isi ikan dan bawang-bawang tersebut dan campurkan kemudiannya dengan bahan lain. Adun dengan air biar sebati.
Masak air(air lain dan dalam jumlah yang agak banyak/separuh periuk yang kita gunakan sehingga mendidih.
Basahkan tangan dan gintillah adunan tersebut berbentuk bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih tersebut dan ianya akan masak apabila ketulan akan mula timbul.
Ceduk/ambil fish ball dan masukkan ke dalam penapis untuk disejatkan lebihan air yang ada padanya.
Boleh digunakan pada bila-bila masa dan hidangan.
Fish ball
Tepung tempura
Putih telur
Serbuk lada sulah
Sedikit serbuk kunyit(1/4 sudu teh)
Air secukupnya
Adun bahan tersebut(kecuali fish ball) dan celup fish ball dan digoreng dalam minyak yang agak banyak sehingga kekuningan.
Kalau tiada tepung tempura bolehlah menggunakan adunan seperti
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Serbuk lada sulah
Sedikit serbul kunyit
Telur putih(dr sebiji)
Air secukupnya.

Friday, 13 December 2013
Donat Blueberry
Bahannya
400gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising untuk salutan
Blueberry filling secukupnya
1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan(sekejap sahaja dan bukannya uli betul-betul) dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan masukkan dalam bekas bertutup (kalau kak cuma tutup dengan plastik raping dan letakkan di atas permukaan atas oven kita yang sedang dipanaskan dengan suhu sekitar 160C selama 1/2 jam(kak alas dengan redai besi kek kita tu di atas permukaan oven tersebut)...Peringatan JANGAN letak dalam oven tapi di ATAS oven kita tu...
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit(letak bulatan donat ini di dalam dulang yang beralas kertas kek.
4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
5. Angakat dan toskan dan ditabur dengan gula halus.
6.Paipkan blueberry filling di dalamnya.

Thursday, 12 December 2013
Kek Angel
Terima kasih kepada Evelyn Gemina atas perkongsian kek yang sedap dan cantik ini..
Bahannya
A
320gm putih telur(dari 8 biji telur)
120gm gula kastor
1/4 sudu teh garam
B
1 sudu besar jus lemon
Parutan kulit lemon
C
30gm ceri merah(potong dadu)
30gm ceri hijau(potong dadu)
30gm coklat rice
D
100gm tepung gandum(ayak)
Panaskan oven dengan suhu 180C
Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan garam. Pukul sehingga pekat dan bertanduk.
Masukkan tepung gandum(kaup dan balik)
Masukkan jus lemon, parutan kulit, ceri merah,hijau dan coklat rice. Kaup dan balik.
Masukkan ke dalam loyang kek ciffon dan bakar selama setengah jam(30 minit)
Apabila sudah masak, keluarkan segera dari oven, terlangkupkan loyang sehingga kek hampir sejuk.
Bolehlah dikeluarkan dari loyang.

Wednesday, 11 December 2013
Asam Pedas Kelantan
Bahannya
3 ekor ikan gelama(potong 2 setiap seekor)
3 biji bendir
1/2sudu besar beras(direndam sekejap dan ditumbuk)
4 biji bawang merah(tumbuk)
1 ulas balas putih(tumbuk)
Sedikit halia(tumbuk)
Seinci lengkuas(tumbuk)
2 biji cili padi(tumbuk)
1/2 inci kunyit(tumbuk)
1/2 sudu besar cili giling
2 batang serai(ketuk)
1/2 cekak daun kesum..sekitar 7 pokok kot..
Sekeping asam gelugur/keping
Air secukupnya
Gula dan garam
Ikan dibersihkan terlebih dahulu dengan dicuci dengan air asam jawa.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan semua bahan tumbuk, cili giling, asam keping dan serai.
Masukkan juga ikan, gula dan garam.
Biar sampai mendidih(kacau perlahan-lahan)
Masukkan daun kesum dan bendir.
Rasalah mengikut kesukaan masing-masing.
Biar air/kuahnya menjadi mesra kesemuanya.
Bolehlah diangkat.

Tuesday, 10 December 2013
Ubi Getuk/Ketuk
Bahannya
4 ketul ubi kayu rebus(dilenyek)
Secawan kelapa parut putih
4 sudu besar gula pasir
Sedikit garam..kalau ubi dah direbus dengan sedikit garam tak perlulah letak lagi..
Caranya
Campurkan semua bahan dan bulat-bulatkan. Ketepikan.
Butter/bancuhan
5 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya..jangan terlalu cair atau pekat.
Minyak untuk menggoreng
Celup ubi tadi dalam adunan tepung dan goreng dengan api yang agak sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Monday, 9 December 2013
Fruit Pastry Cake
Sumber resepi dari Siti Hajar Idris..tq banyak2
Bahannya
100gm mentega
150gm gula asing - kak guna gula halus
3 sudu besar sour creme
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar jus lemon
Parutan kulit lemon(kak guna sebahagian dari sebiji)
210gm tepung naik sendiri - kak guna tepung gandum campur 3 sudu kecil baking powder dan ayak 2 kali.
1 sudu teh baking powder - kak tak masukkan.
Buah peach dalam tin
Buahan segar yang dipotong2 - kak tak letak sekadar letak ceri merah dan hijau
Putar mentega, gula dan krim masam. Sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Putar.
Masukkan esen vanila, jus lemon dan parutan kulit lemon. Putar.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memutar dengan perlahan.
Masukkan ke dalam bekas dan hiaskan dengan buah-buahan tadi..caranya letak potongan buah tersebut jangan ditekan..jadilah seperti kakyah ni..habis tenggelam bila kek menaik semasa membakar.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak.(15 minit terakhir tutup bekas dengan aluminium foil bagi mengelak bahagian atas hangit/buahan menjadi kering.
Buahan tadi termasuk peach pastikan telah dilap terlebih dahulu.

Saturday, 7 December 2013
Puding Jagung
Bahannya
70gm tepung kastad
100gm gula pasir
200gm susu cair
1/2 tin krim jagung
450ml air
2 sudu besar mentega
Sedikit garam
Campurkan semua bahan kecuali jagung dalam tin.
Kacau atas api yang perlahan menggunakan whisk. Jangan biarkan berketul.
Bila hampir pekat masukkan jagung dan kacau sekali dua(seketika)
Angkat dan tuang dalam bekas yang telah dibasahi dengan air terlebih dahulu.
Sejukkan dalam peti sejuk.
Bila beku bolehlah dikeluarkan dari loyang dan dipotong..
Friday, 6 December 2013
Red Velvet Keju Leleh
Kek red Velvet
3 sudu besar susu tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk
330 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka
Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung gandum, baking powder, serbuk koko, susu tepung dan , sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis sambil memukul dengan kelajuan sederhana. Tambahkan juga pewarna merah.
Campurkan baking powder dengan cuka dalam mangkuk kecil. Kacau dan pastikan ianya berbuih.
Segera masukkan ke dalam adunan dan kacau biar sebati.
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan dialas dengan kertas kek
Bakar dalam oven dengan suhu 170C dan selama 50 minit.(pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dan untuk mendapatkan kek yang tidak merekah lakukan proses pembakaran dengan menggunakan api bawah dahulu selama 10 minit dan bertukar kepada api atas dan bawah masa yang selebihnya)
Apabila kek sudah masak sejukkan.
Lapisan keju
250gm krim cheese
200gm whippng creme
3 sudu besar gula kastor
Putar krim cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula. Putar.
Masukkan whipping creme dan putar sehingga kelihatan putih dan berkrim.
Sapu atas kek tadi dan boleh juga ditabur dengan parutan cheedar.
Simpan di dalam peti sejuk seketika.
cara buat kek dan prosesnya boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/03/green-velvet-cheese-cakestep-by-step.html
Wednesday, 4 December 2013
Satay dan kuah kacang
Satay Ayam
Seekor ayam dipotong empat dan dibuang tulangnya dan dipotong kecil-kecil
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci lengkuas
1 sudu besar jintan manis- jangan yang serbuk
1 sudu besar jintan putih - jangan yang serbuk
3 sudu besar ketumbar- jangan yang serbuk
1 inci kunyit
2 batang serai
Gula dan Garam - Gula agak banyak kalau 2 kilo ayam hampir 1/4 kilo gula
caranya
Bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit diblender dengan sedikit air.
Jintan manis, putih dan ketumbar digoreng tanpa minyak sehingga berbau wangi dan diblender kering
Campurkan semua bahan tersebut dan masukkan gula dan sedikit garam dan peraplah bersama ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan tadi selama 1 jam.
Siap untuk dicucuk.dan dibakar.(kalau kak hanya masak atas pan rata dan telah disapu minyak dan bercampur sedikit air perapan satay tadi)
Kuah Kacang
1 1/2 cawan kacang tanah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas
3 sudu besar cili giling
3 batang serai
3 sudu besar air asam jawa
2 keping gula melaka
sedikit belacan
Gula dan garam
1 cawan Santan( kalau kuah nampak pekat boleh tambah air)
Kacang tanah digoreng di dalam minyak sehingga kelihatan masak dan ditoskan dan diblender dengan lapisan kulit nipisnya bersama air.
Bawang-bawang, halia dan lengkuas diblender dengan sedikit air dan ditumis besama serai yang telah diketuk dan cili giling dan belacan sehingga naik bau. Masukkan kacang yanng telah diblender tadi. Kemudian masukkan santan , air asam jawa, gula melaka dan garam rasalah untuk kesesuaian lidah masing-masing. Biar mendidih agak lama atau sehingga pekat dan naik minyak.

Tuesday, 3 December 2013
Labu Sira
Bahannya
Sebiji labu dikupas sebahagian kulitnya dan dibersihkan serta potong mengikut ruasnya.
1 sudu teh kapur dibancuh dengan air
Rendam labu biar mencecah keseluruhannya dan masukkan bancuhan air kapur tadi. Biarkan selama 1 jam.
Basuh dan toskan.
2 helai daun pandan
2 keping gula melaka(kampung punya)
Beberapa sudu besar gula(bergantung)
Beberapa kuntum bunga cengkih
Sedikit garam
Susun labu tadi di dalam periuk dan masukkan daun pandan(simpul dahulu), gula melaka dan sedikit gula serta garam.
Kak masukkan juga beberapa kuntum bunga cengkih.
Masak atas api yang perlahan.
Gabungan bahan ini akan mengeluarkan air yang berfungsi mengempukkan labu tersebut.
Masak sehingga labu mengecup dan masak.(ambil masa yang agak lama juga mungkin 1 jam)
Boleh dimakan begitu aje atau bersama santan pekat.(dimasak dengan sedikit garam dan bancuhan tepung jagung)

Monday, 2 December 2013
Kuih Lapis
5 cawan santan(1 1/2 cawan santan pekat dicampur dengan air bagi menjadikan 5 cawan santan)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh perisa keladi
Pewarna makanan(3 warna)
Sedikit garam
Panaskan santan dan gula sehingga gula menjadi hancur. Sejukkan.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak/mendidih dengan api yang kuat.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam santan. Masukkan juga garam dan perisa keladi. Tapis.
Bahagikan adunan kepada 4 bekas yang berasingan. 2 senduk untuk setiap adunan berwarna dan 6 senduk yang tidak berwarna..
Masukkan pewarna merah hijau dan puple.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan kukus setiaplapisan selama 5 atau 7 minit(satu mangkuk adunan yang berwarna dapat buat dua lapis dan yang plain/kosong 6 lapis). Bagi lapisan terakhir kukus selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dari pengukus dan sejukkan dan bolehlah dipotong.
(Yang ni kak lapis yang pertama warna puple selepas itu plain, warna hijau, plain, merah, plain, merah, plain, hijau, plain, puple.(ada 11 lapis kesemuanya)

Subscribe to:
Posts (Atom)