translate

Thursday 12 December 2013

Kek Angel

Terima kasih kepada Evelyn Gemina atas perkongsian kek yang sedap dan cantik ini..

Bahannya
A
320gm putih telur(dari 8 biji telur)
120gm gula kastor
1/4 sudu teh garam

B
1 sudu besar jus lemon
Parutan kulit lemon

C
30gm ceri merah(potong dadu)
30gm ceri hijau(potong dadu)
30gm coklat rice

D
100gm tepung gandum(ayak)

Panaskan oven dengan suhu 180C
Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan garam.  Pukul sehingga pekat dan bertanduk.
Masukkan tepung gandum(kaup dan balik)
Masukkan jus lemon, parutan kulit, ceri merah,hijau dan coklat rice. Kaup dan balik.
Masukkan ke dalam loyang kek ciffon dan bakar selama setengah jam(30 minit)
Apabila sudah masak, keluarkan segera dari oven, terlangkupkan loyang sehingga kek hampir sejuk.
Bolehlah dikeluarkan dari loyang.




5 comments:

  1. lain dari yg lain...boleh cuba ni ;-)

    ReplyDelete
  2. Terima ksih daun keladi kak yah kerana sudi mencuba kek ini, gebu gebas!!

    ReplyDelete
  3. Yah, Evelyn.....kak ruby pun nak mencuba jgk lah, nmpk gebu sngt

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...kak Yah nak share resepi ye....terima kasih...

    ReplyDelete