translate

Tuesday 17 December 2013

Roti Boy/Maxican Bun

Doh Roti
500gm tepung gandum
1 paket mauripan
2 sudu besar shortening
2 sudu besar mentega
4 sudu besar water roux
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
200gm air suam

Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat.  Sejukkan.

Caranya
Campurkan terlebih dahulu telur, air dan susu pekat(biar menjadi 200ml)
Masukkan yis(mauripan) dan biarkan ia menjadi berbuih.
Campurkan ke dalam bahan-bahan di atas.  Adun/uli biar menjadi satu doh yang kasar(ambil masa dua tiga minit sahaja.
Masukkan ke dalam plastik beg dan diuli di dalam bekas mangkuk yang kita guna untuk menguli tadi.
Lakukan selama lebih kurang 5 minit atau adunan menjadi elastik.
Keluarkan dari beg plastik dan uli dan bulatkan doh tersebut.
Masukkan dalam bekas mangkuk dan tutup bekas tersebut.
Untuk mempercepatkan proses pengembangan kak letak mangkuk itu di atas oven dan onkan selama 20 minit dan biarkan api dipasang di sebelah atas sahaja.(letak diluar oven/di atas oven)
Bila masa sudah tamat biarkan ia seketika lagi dan pastikan adunan mengembang sekali ganda.
Tumbuk adunan dan uli bulatkan semula doh tersebut.
Buat bulatan/ketulan sebanyak 17 biji semuanya.
Masukkan inti filling dan tutup dengan sebaiknya.  Pastikan ditutup dengan baik dan kemas sebab ia boleh menjejaskan rupa bun kita bila masak nanti.
Masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas kek.
Pastikan kita letak berjarak antara satu sama lain(jangan biarkan bun kita bercantum bila proses pembakaran kelak.
Biarkan bun kita mengembang (ambil masa 20 minit)
Masukkan adunan topping ke dalam paping beg dan paipkan secara spiral bermula dari tengah bun kita.(paip secara membulat bermula dari tengah)
Tak perlulah kita paipkan sehingga habis permukaan bun tersebut sebab bila proses pembakaran topping akan mencair dan akan meleleh turun kebawah.
Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.

Filling
200gm mentega
70gm gula perang
1 sudu teh esen vanila

Pukul/putar semua bahan sehingga kembang.

Topping
200gm mentega
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1 sudu kecil kopi emulco
3 biji telur
130gm gula asing

Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
Masukkan kopi emulco dan pukul lagi.
Masukkan kedua tepung yang telah diayak.
Pukul biar kelihatan berkrim.



2 comments:

  1. lama dah tak mkn roti boy, kena try resepi ni yah........

    ReplyDelete
  2. Asslmkm Kak...
    Sedap tu roti boy....Biasa kalau beli mesti beli dua...Utk mkn dua kali..Baru puas... Copy ja dl resepi..Nak buat ni kena tggu rakyat ramai dlm rumah ni.. :)

    ReplyDelete