3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan santan(1 cawan santan pekat dicampur 1 cawan air yang diblender dengan 3 atau 4 helai daun pandan-tapiskan)
Sedikit garam
Pewarna hijau
Sedikit margerin
Bijan
1. Kesemua bahan diblender sehingga sebati(kecuali margerin)
2.Panaskan oven dan biarkan seketika.
3. Letakkan acuan besi di atas dapur dan masukkan 1 sudu kecil margerin dalam bekas acuan tersebut.. Bila minyak panas masukkan adunan yang diblender tadi dan biarkan seketika( 3- 4 minit)
4. Sebelum masukkan dalam oven, tabur dahulu dengan bijan. Kemudian angkat bekas adunan tadi dan masukkan ia ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan bakarlah selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.
P/s kalau tiada acuan berbunga seperti ini boleh guna loyang bulat biasa dan gandakan sukatan resepinya.
7 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 cawan santan(1 cawan santan pekat dicampur 3 cawan air yang diblender dengan 3 atau 4 helai daun pandan-tapiskan)
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Pewarna hijau
1. Kesemua bahan diblender sehingga sebati.
2.Panaskan oven dan biarkan seketika.
3. Masukkan 3 sudu besar minyak masak kedalam bekas adunan dan diletakkan di atas api. Bila minyak panas masukkan adunan yang diblender tadi dan biarkan seketika( 3- 4 minit)
4. Kemudian angkat bekas adunan tadi dan masukkan ia ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan bakarlah selama 50 - 60 minit dengan suhu 180C.
Kakyah oven panas suhu brapa saya budak baru blajar hihihi...
ReplyDelete