translate

Wednesday, 4 June 2014

Hokkaido CupCake

Bahannya
5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar
80gm gula kastor

Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)

5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
11/2 sudu teh baking powder(kesemua tepung dan baking powder diayak bersama)

Caranya
Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake(biar hampir penuh dan hentakkan sedikit agar tiada rongga dalam adunan) dan bakar selama 25 minit dengan suhu 180C .(cadangan untuk mencantikkan kek ini, 5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)

Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Ayak bersama kedua-dua tepung tersebut.
Untuk resepi ini timbang tepung kek ini mengikut sukatan dalam resepi(60gm)

Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.

2 comments:

  1. suka sgt2 hokkaido cake nie..tp mcm susah nk buat..akn ku cuba buat jgk suatu hari nti..hehe

    http://znzabadistore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak. Saya suka blog akak, memang best-best la resepi kat sini. Kek hokkaido ni selalu juga saya buat. Rasanya sejak ia popular... saya dah buat. Saya suka tekstur dan rasanya. Sangat nikmat melayan rasanya... hmm.... tapi selalunya kek saya mengecut. Saya akan cuba cara akak, putar meringue hingga kental ye.... Saya akan cuba resepi ni. Tq, sudi kongsi resepi.

    ReplyDelete