translate
Monday, 23 June 2014
Kuih Bakar Ayam
Resepi asal dari Kak Jee Fauziah Abd Samad
Bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
180ml air
3 biji telur(gred A)
Secubit garam
Setitik pewarna kuning
2 Sudu besar gula(yang ni kakyah tambah..kitakan kelantan..tapi tak manis)
Minyak sapi(untuk diletak dalam acuannya nanti)
Caranya
Bender semua bahan.(kecuali minyak sapi)
Panaskan acuan di atas dapur dan masukkan 1/4 sudu besar minyak sapi. Biarkan cair.
Masukkan adunan 3/4 daripada acuan tersebut. (gunakan api yang sederhana)
Biarkan hampir masak dibahagian tepi acuan. Masukkan inti daging ayam. Tutup acuan seketika.
Sementara itu panaskan oven. Masukkan acuan ke dalam oven dan masak sekitar 15 minit dengan suhu 190C(guna api atas sahaja)
Inti daging ayam
Bahannya
Sekeping dada ayam(hancurkan)
3 ulas bawang putih(mayang)
1 labu bawang besar(dadu)
Daun Sup(cincang)
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar rempah kari daging
Sebiji cili merah(dadukan)
Sedikit air
Gula dan garam
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air.
Masukkan bawang besar. Kacau biar layu.
Masukkan ayam. Masukkan gula dan garam.
Bila nampak dan masak masukkan daun sup, bawang goreng dan cili merah.
Bolehlah diangkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Kak Yah,
ReplyDeleteTerimakasih sudi berkongsi resepi kuih bakar ayam yang mudah dan sedap ini :)