Bahannya
5 jantung jagung (hiris)
1 kotak santan kotak(200ml)
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Sebiji telur
2 sudu besar sagu halus(rendam seketika)
Sehelai daun pandan
Air secukupnya
Masak jagung dengan air bersama daun pandan sehingga bijian jagung empuk. (kakyah guna jagung susu(mutiara jadi sekejap aje memasaknya supaya empuk)
Pastikan air sudah berkurang, masukkan santan.
Masukkan juga biji sagu, susu, gula dan garam. (kakyah guna jagung jenis manis jadi kuranglah letak gula)
Bila sudah mendidih masukkan telur yang telah dipukul dahulu dengan garfu. Kacau supaya telur bercampur di dalam kuah.
Bila kelihatan masak bolehlah diangkat dari dapur.
No comments:
Post a Comment