Abaikan kertas cupcake yang terlebih besar tuuu..malas nak beli..musim perayaan faham-faham ajelah...jalan jemmmm. Apa-apa pun ianya sedap dan nyaman aje masuk dalam mulut....
bahannya
Sebiji kek coklat(peroikan ia)
200gm coklat kompaund
100gm coklat putih
50gm whipping krim
Double boilkan coklat gelap dan putih.
Apabila coklat mencair masukkan whipping krim.
Dalam mangkuk yang telah diisi dengan kek coklat yang telah kita peroikan tadi campurkan coklat tersebut sedikit demi sedikit, pastikan adunan tersebut boleh dibulatkan kecil-kecil.
Bulatkan ia mengikut kesukaan masing(nak kecil atau besar2 macam makcik punya)
Masukkan dalam cupcake yang bersesuaian.
Nak hias boleh atas kreativiti masing-masing(nak tabur dengan coklat rice atau cairkan coklat putih dan ditambah dengan sesudu dua whipping krim dan masukkan dalam beg paping aising..lakukan seperti dalam gambar.
Untuk resepi kek coklat
Bahan-bahannya
200gm tepung gandum
100gm serbuk koko
50gm serbuk badam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
200gm gula pasir halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonate sebanyak 2 kali.
Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan bahan ayak dan serbuk badam . Kacau.
Masukkan minyak masak. Kacau.
Masukkan susu dan air panas. kacau hingga sebati dan berkilat.
Bakar dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek selama 50 minit dengan suhu oven 180C.

No comments:
Post a Comment