translate

Thursday 15 December 2011

Pau Gebuss


sedih......biasanya inti kari daging bersama kentang ni partnernya telur rebus tapi hari ni stok telur tinggal sikit jadi tak dapatlah nak dimasukkan dalam pau ini....




Pau Gebuss (water roux)
500gm tepung pau
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)

2 sudu teh beking powder
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.
caranya
1.kalu guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil dan biarkan selama 10 minit dan bolehlah diletakkan dengan intinya dan biarkan semula selama 40 minit dan kukuslah ia selama 7 minit.

8 comments:

  1. salam.. nk tya tepung pau ade jual kt mane..?

    ReplyDelete
  2. salam..tepung pau ada jual banyak tempat..ada kat pasaraya..biasanya jenama bluekey dan kat kedai jual barangan kek pun ada dan yang ini lebih murah dari jenama blue key ni..

    ReplyDelete
  3. Cantik dan pastinya sedap :-)

    ReplyDelete
  4. water roux tu umpama bahan pelembut..kalau kita nak buar krim puf pun kita masak mentega. air dan tepung jugak...dan yang ini kita hanya masak tepung dengan air untuk buat w roux..

    ReplyDelete
  5. kl kita masukkan lebih 4 sudu besar water roux ok ke kak???

    ReplyDelete
  6. Mmg cantik sangat cantik dan gebu pau akak nih...pasti sedapkan...satu lagi nak tanya kl kita nak simpan pau (stok) dalam peti sejuk beku ke tempat biasa?

    ReplyDelete
  7. kalau nak simpan lama sikit kena tempat bekulah...

    ReplyDelete