Waffle
4 cawan tepung gandum (kalau nak guna sikit tepung jagung boleh kita kurangkan setengah cawan tepung gandum dan diganti dengan setengah cawan tepung jagung)
4 cawan susu segar
6 biji telur
1 sudu besar beking powder
2 sudu kecil vanilla
2 sudu besar gula
1 cawan minyak sayur/ masak
1 sudu kecil garam
walnut
jem, peanut butter,ceri madu dan apa-apa saja
Caranya
1. Tepung diayak bersama beking powder. Di dalam bekas campurkan juga dengan gula dan garam.
2. Telur diasingkan putih dan kuningnya, yang putih diputar sehingga kembang dan beku (dengan kelajuan tinggi)
3. Kuning telur dipukul dengan garfu dan dicampur bersama susu segar dan minyak tadi. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga vanilla.
4. Masukkan putih telur yang kembang tadi kedalam bahan yang telah dikacau sebati tadi. Guna teknik kaut dan balik.
5. Sendukkan adunan ke dalam bekas waffle yang telah disapu dengan marjerin dan taburlah walnut yang telah dicincang atau ceri yang telah dipotong dadu dan biarkan ia masak.
6. Sapu dengan jem atau apa saja kesukaan kita waffle tersebut.
No comments:
Post a Comment