resepinya sebuku buttercup,300 gm tepung gandum, 4 cawan air dan 4 biji telor...masak air
bersama bcup hingga cair lepas tu masukkan gandum dan kacau hingga tak melekat di periuk
Selepas itu sejukkan dan bila sejuk masukkan telur dan kacau biar rata dan lepas tu paipkan
adunan tersebut dan bakarlah dalam masa setengah jam dengan suhu 180C.
Untuk krim pula setin susu cair,setin air, 6 sudu(b)kastad, 10 sudu(b) gula dan sebiji telur
Masaklah kesemua bahan tersebut sampai betul2 pekat dan atas api tu biar lama ada lah
dekat lebih setengah jam juga sebab bila kita masuk telur, krimnya akan lambat pekat(atas api
nampak pekat tapi ianya tidak beku bila sejuk) jadi pastikan betul-betul pekat.
Bila kulit puff masak bolehlah di belah tengahnya dan sapukan dengan krimnya dan siap untuk
dimakann...
resepi krim puff terbaru dan cara yang lebih mudah membuatnya sila klik
No comments:
Post a Comment