500gm tepung roti(high protein)
200ml air suam(kalau uli guna tangan 220ml)
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)
Bahan salutan
Mayonis
Fluff ayam
1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit). Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula dan biar jadi bulau. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari). Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan ke dalam bekas yang telah dialas dengan kertas minyak.dan biarkan selama 40 - 60 minit.(bergantung pada suhu sekitar)
5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair Bakar selama 20 minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk. Sapu permukaan atas roti dengan mayonis dan taburkan dengan fluff ayam sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....
lembut nampak bun nie....
ReplyDeleteRoti yang kita buat sendiri memanglah agak lembut lebih2 lagi bila kita guna water roux dan bila dimakan panas2 tu aduhai..akak yang tidak minat roti ni pun tergodaaaaa
ReplyDeletekak yah..boleh bukak kedai roti kalau cam ni
ReplyDeletemana nak beli atau buat Fluff ayam nie?
ReplyDelete