Setengah ekor ayam
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
sedikit gula (kalau mahu manis sikit dan boleh tambah sedikit garam)
caranya
1.Bawang merah, putih dan halia diblender dan dilumurkan ke dalam ayam yang telah dibersihkan.
2.Campurkan juga bersama sos tiram dan kicap dan sedikit gula. Biarkan 10 minit dan kemnudian dimasak atas api yang perlahan. Apabila ayam sudah masak, gorenglah ayam tersebut dengan minyak yang sedikit.(kuah air rebusan tadi jangan dibuang sebab akan dijadikan sos kicap)
Sos Kicap
Air rebusan perapan ayam tadi dimasak bersama sedikit tepung jagung sehingga mendidih.
Sos Lada
Cili merah
seulas bawang putih
Sedikit cuka
gula dan garam
Sedikit air masak
Semua bahan diblender dan rasalah mengikut kesukaan
Sup Ayam
Bahagian ayam yang tidak digunakan untuk perapan ayam seperti sayap, kaki,tengkuk dan apa2 aja...
3 ulas bawang putih
sedikit halia
kulit kayu manis
pelaga hindi
bunga lawang
lada hitam
garam dan perasa
Semua bahan ini direbus dengan air yang secukupnya (kalau akak lebih sikit sebab nak guna juga sedikitnya bagi memasak nasi..caranya kita masak semua bahan tadi bila sedikit mendidih kita ambillah bahagian untuk memasak nasi dan yang selebihnnya dibiarkan mendidih dengan agak lama)
Nasi Ayam
Beras dimasak bersama air rebusan ayam tadi, bersama daun pandan dan serbuk kunyit(masaklah seperti sukatan memasak biasa)
No comments:
Post a Comment