translate

Sunday, 25 December 2011

Beriani Masalla

Beriani Masalla

3 cawan Beras biasa atau basmati
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
sebatang kulit kayu manis
4 sudu besar rempah beriani masalla/rempah  beriani yang biasa pun tak kisah
Setangkai daun kari
Sehelai daun pandan
daun pudina(kalau suka)
2 biji tomato
4 sudu besar margerin vanaspati(marjerin atau minyak sapi pun tak kisah)
Beberapa ketulan ayam
Gula, garam dan kismis dan biji gajus

Beras dibasuh dan ditoskan
Bawang merah, putih dan halia diblender dan ditumis dengan margerin Vanaspati sehingga naik bau dan bolehlah dimasukkan juga daun kari , daun pandan dan rempah kasar dan seterusnya rempah  beriani masalla dan juga tomato yang telah dipotong dadu.Bila naik bau masukkan beberapa ketulan ayam dan kacaulah seketika dan akhir sekali masuklah beras yang telah ditoskan. Kacau seketika(seminiut dua). Akhir sekali masukkan air mengikut sukatan biasa 1:1 atau kalau beras siam kenalah lebih air sedikit(kacau supaya tidak berkerak dibawahnya.Selepas itu masaklah di atas dapur biasa atau dimasukkan dalam periuk elektrik kita..Apabila masak bolehlah ditabur dengan kismis dan juga biji gajus.

Dalca Daging cara kakyah.
Daging, perut dan paru-paru(ikut kesukaan seberapa banyak)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga hindi(3) dan bunga lawang(2)
4 sudu besar Rempah kari Alagapas/babas
1 sudu besar kacang dal
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji terung
4 biji cili hijau
2 biji kentang
Beberapa biji bendir
Santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Daging dipotong kecil-kecil sementara perut dan paru-paru direbus.Pastikan perut direbus sehingga betul-betul masak. Seterusnya dipotong kecil.
Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selep[as itu masukkan serbuk kari dan biarkan sekejap sambil dikacau dan seterusnya masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi ,masukkan juga kacang dal yang telah direndam sekettika dan masukkan sedikit air, kacau dan tutup periuk supaya daging mudah empuk dan pastikan jangan hangit.(guna api yang kecil)- kalau nak guna periuk tekanan pun okey.Apabila daging emput boleh masukkan peparu dan perut yang telah dipotong kecil tadi. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Masukkan santan dan ubi kentang.  Biar sedikit mendidih. Masukkan terung yang telah dipotong dan cili hijau.pastikan terung betul-betul masak dahulu sebelum kita masukkan bendir.  Masaklah sehingga dalca kita naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.

Ayam Goreng Berempah
Ketulan ayam yang telah dibersihkan
rempah ayam berempah
3 ulas bawang putih
2 batang serai(kalau besar 1 pun okey)
1/2 inci halia
sedikit cuka
garam dan sedikit lada sulah
daun kari

Bawang putih, halia dan serai ditumbuk lumat dan dicampur dengan rempah ayam berempah, garam lada sulah dan sedikit cuka.  Peraplah ayam dengan bahan-bahan tersebut beberapa jam dan digoreng bersama beberapa helai daun kari sehingga masak.,

No comments:

Post a Comment