translate
Thursday, 15 December 2011
Sup Gear Box
bahan-bahannya
bahagian kaki lembu
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
rempah punjut
sebatang serai(ketuk)
2 inci halia
seketul lengkuas
beberapa biji cili padi
Gula dan garam dan air asam jawa.
caranya
1. tulang kaki lembu dibersihkan dan direbus sampai mendidih dan kemudian dibuang airnya. Masukkan semula air yamg lain dan direbus bersama sup punjut.
2 sementara itu, bawang-bawang dimayang begitu juga dengan halia dihiris nipis dan digoreng bersama rempah ratus tadi kecuali rempah punjut., Cili, serai dan lengkuas turut digoreng sama . Apabila sudah sedikit garing dan wangi bahan tersebut bolehlah ditoskan dan dimasukkan kedalam periuk rebusan tulang tadi . Biarkan sampai betul-betul empuk(kalau nak cepat masaklah dalam periuk tekanan seperti yang akak selalu buat.Garam dan bahan perasa dimasukkan mengikut kesukaan. Sebelum diangkat masukkan juga sedikit air asam jawa juga mengikut kesukaan. Hidangkan mengikut cara hiasan masing-masing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment