translate

Monday 6 August 2012

Jala Mas

Bahan-bahannya
10 biji kuning telur
Pewarna kuning
500ml air
250gm gula
10 biji gula batu
sebatang kulit kayu manis
Sehelai daun pandan

Caranya
Kuning telur dan sedikit pewarna kuning dipukul dengan garfu dan ditapis.  Biarkan selama setengah jam.
Masukkan ke dalam bekas/botol roti jala atau kalau tiada sekadar guna beg paping ising dan guna nozel muncung tajam halus.
Masak air bersama gula, gula batu,kulit kayu manis dan daun pandan .  Biarkan sehingga mendidih dan keluarkan kulit kayu manis dan daun pandan tersebut.
Kiraikan kuning telur tadi ke dalam air gula yang sedang mendidih (kalau guna botol roti jala kita hendaklah picit botol tersebut untuk telur keluar dari muncung roti jala begitu juga kalau guna paping beg.)
Menggunakan garfu atau sebagainya kacau-kacau sedikit jala mas yang ada dalam air mendidih tersebut.  Angkat dan toskan.  Lakukan proses ini sehingga adunan telur kita habis.  Toskan selama yang boleh dan kiraikan untuk dihidangkan.(kalau orang kelantan kita makan Jala Mas ini begitu sahaja)

4 comments:

  1. Akk tak pernah mkn jala mas ni, apa rasanya?

    ReplyDelete
  2. Penah makan....officemate org kelantan yang bawa..sgt manis!

    ReplyDelete
  3. jala mas kalau beli yang kat kedai memanglah sangat manis...mungkin untuk tahan lama..yang buat sendiri ni kita boleh kawal kemanisannya...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah feveret saya ni kak...kalau balik kelate saya mesti beli kat bazar..mahal kuih ni kak//sedapnyer...

    ReplyDelete