translate

Tuesday 26 February 2013

Blueberry Cheese Chocolate Marble Cake

,
Terima kasih kepada Sally Rashid atas perkongsian resepi yang sememangnya sedap.  Maaf kakak minta kerana kak menggunakan resepi dari Sally tetapi telah kak ubahsuai cara persembahannya..Sorri ye kak tak boleh buat kek coklat yang bertopingkan coklat selalu..Bahaya...

Bahan-bahannya
200gm tepung gandum diayak 2 kali (sally guna tpg superfine)
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
200gm gula pasir halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air
blueberry filling

Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonate.
Putar telur dengan gula hingga kembang.  Masukkan bahan ayak .  Kacau.
Masukkan minyak masak.  Kacau.
Masukkan susu dan air panas.  kacau hingga sebati dan berkilat.
Sapu loyang(9x9 inci) dengan margerin dan di alas dengan kertas kek(lebihkan kertas kek tersebut untuk menyenangkan untuk mengangkatnya nanti bila kek sudah masak).
Simpan 2 sudu besar adunan kek untuk marble.
Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian.  Masukkan satu bahagian ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C (5 minit pertama bakar dengan api bawah dan masa selebihnya api atas dan bawah)
Masukkan sebahagian adunan krim cheese ke atas kek coklat dan letakkan sedikit bluebery filling di atasnya. , bakar selama 15 minit.
Keluarkan dan tuang bahagian yang kedua dan bakar semula selama 20 minit lagi dan lakukan cara pembakaran seperti lapisan yang pertama tadi.
Apabila kek masak tuang lebihan adunan krim cheese dan paipkan lakaran marble di atasnya.
Bakar semula selama 15 minit.


Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air
blueberry filling

Putar krim keju dengan gula hingga kembang.  Masukkan telur.  Putar.
Masukkan tepung gandum, jus lemon dan air.  Putar biar sebati.





7 comments:

  1. Salam Kak Yah..nampak sedap kek coklat tu..gebus jer..minta izin copy ye.

    ReplyDelete
  2. Sedappp nya...nmpk menarik..nnti blh cuba..:-D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak yah...dalam bahan cream cheese utk fililling tu takde tulis pun telur berapa biji,,tapi pada cara2 nya suruh masukkan telur mcm mana tu ye...nk kena letak telur jugak ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooppp tertinggal pulak telurnya...nanti bila update semula kak perbetulkan..apa apa pun kita guna hanya 1biji telur aje....

      Delete
  4. Nak tunggu sejuk lapisan pertama dulu ke,baru masuk lapisan kedua

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu..bila keluarkan dari ketuhar terus blh tuang...

      Delete
  5. Assalamualaikum Rogayah, salam perkenalan saya minta izin copy resepinya ya, terima kasih....

    ReplyDelete