translate

Thursday, 24 May 2012

Asam Pedas Kepala Ikan Merah


Sebiji kepala ikan merah dibersihkan dengan asam jawa dan dibersihkan sekali lagi.
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar cili giling
Asam jawa sebesar 50 sen
Sekuntum bunga kantang
seikat daun kesum
2 batang serai
4 helai daun limau purut
2 biji bendir
Sebiji tomato
Lada merah dan hijau
Minyak masak untuk menumis

Bawang merah, putih dan halia diblender.
Tumis bahan blender dan serbuk kunyit hingga pecah minyak kemudian masukkan cili giling.Kacau biar pecah minyaknya.
Masukkan daun limau purut dan serai.
Masukkan air dan air asam jawa.  Masukkan juga kepala ikan dan masukkan juga daun kesum dan bunga kantang.
Masukkan gula dan garam.serta bendir.  Biar mendidih.
Masukkan tomato dan biar betul-betul mendidih.  Bolehlah diangkat.

4 comments:

  1. menariknya tgk kepala ikan tu kak...mmg nak kene ngap la nie...!
    x penah cuba lgi kepala ikan merah masak asam pedas....selalu buat masak kari jer....

    ReplyDelete
  2. kalau asam pedas kepala ikan ni mmg peberet En Hubby la..dok meratah kepala ikan tu smpai lunyai la...

    ReplyDelete
  3. kalau letak bendi..peberet cikwan ;)

    ReplyDelete
  4. dalam asam pedas kak suka masukkan juga daun limau purut,,,wangi baunya bila campur dengan serai , bunga kantang dan daun kesum..

    ReplyDelete