3 sudu besar susu tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk
330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh beking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah
1 sudu teh beking powder
1 sudu besar cuka
Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , beking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana. Tambahkan juga pewarna merah dan campuran beking powder dengan cuka ke dalam adunan. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan dialas dengan kertas kek. Satu adunan ini dibakar sebanyak dua kali untuk mendapat dua biji kek.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit dengan suhu 180C
Tips...Bakar menggunakan api bawah dahulu selama 5 minit barulah menggunakan api atas dan bawah untuk masa selebihnya.
Apabila kedua-dua kek sudah masak simpan seketika dalam peti sejuk untuk memudahkan kita membelah kek tersebut,
Topping
250gm krim keju
120gm mentega
120gm gula aising
Putar kesemua bahan menjadi berlrrim dan bolehlah disapu pada kek kita.
salam kenal...look delicious...
ReplyDeleteJln2 cari kak yah.. Nampak sedap ya kak...
ReplyDeleteterima kasih..kek ini memang sedap..bagi yang belum mencuba please buat kerana amat berbaloi mencubanya...lagipula tak la susah sangat dan bahan-bahannya yang senang didapati..
ReplyDeleteSalam kak
ReplyDeleteamboi....red2 dia hri nie yek...! sdap tu...:)
cuba mnggu dpn x jd cari kak yah ek
ReplyDelete