Kastad masih lagi suam...dah potong..tak sempat-sempat nak post.....
2 cawan tepung vanila sponge mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air
Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.
bakar kek (bahagikan kepada 4 kali bakar) selama 15 minit dengan suhu 180C
Kastad Labu
Setengah biji labu saiz kecil..yang telah direbus
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 biji telur merah
Sedikit garam
Pewarna kuning
Kesemua bahan diblender dan dikacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih.
Setiap lapis kek dicurah dengan kastad labu dan disusun satu persatu dan bahagian paling atas ditabur juga dengan kelapa kering.
sdp je gayenye niehh..smlm br bt yam layer cake...
ReplyDeletekita copy resepi ye...
wah..cantik menawan la....
ReplyDeletesalam.. nak tanya, nak buat adunan kek tu kan, semua bahan tu dipukul sekali gus atau pukul telur dulu baru dimasukkan y lain2? tq..
ReplyDeleteKita pukul skali gus semuanya kecuali minyak.
Delete