7 ketul daging ayam
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
11/2 inci halia
1 biji lada merah
Sedikit lada benggala
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
1/2 cawan air
Mayang bawang merah, putih dan halia
Tumiskan bahan mayang tadi. Bila layu masukkan ayam dan kacau seketika.
Masukkan air , gula dan garam dan lada hitam yang telah ditumbuk.Masak hingga empuk.
Masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Masak sampai pekat dan masukkan lada-lada tadi dan rasalah masin dsan manisnya. Tambah mana-mana yang perlu..
No comments:
Post a Comment