4 mangkuk nasi dingin
5 ulas bawang putih
3 biji cili api
2 sudu besar sayur campur
Potongan carrot yang telah di potong kecil
3 sudu besar sos tiram
Telur
Daun sup
lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
Beberapa ekor udang yang telah dibuang kulitnya
Gula dan garam
Lada hitam
Ketuk bawang putih dan cili api dipotong kecil
Panaskan minyak dan tumislah bahan di atas tadi.
Apabila bawang sudah kekuningan, angkat/ketepikan sedikit bahan goreng tadi dan masukkan sebiji telur dan kacau.
Apabila telur agak masak, gaulkan kesemua bahan dan kuali tadi, biar bercampur dan kemudian masukkan udang dan lada sulah. Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, gula dan garam.
Masukkan nasi dan gaul biar sebati.
Masukkan bawang goreng dan daun sup.
Rasalah kesedapan ikut cita rasa masing-masing dan tambah apa yang perlu(kalau dah masuk nasi gula tidak lagi boleh dimasukkan cuma masukkan ajinomoto atau lada sulah)
Angkat dan boleh dihidangkan bersama telur mata kerbau.
No comments:
Post a Comment