translate

Friday, 18 May 2012

Roti Goreng



500 gm tepung roti
260ml air suam
3 sk mauripan

3sk gula
1/2sk garam
2sb marjerin
Sebiji telur

1.Masukkan semua bahan dan kalau guna bread maker tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke no. 4

2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam. Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Tumbuk dahulu adunan . Jadikan adunan kepada bahagian yang lebih kecil. Bulatkan adunan yang kecil-kecil dan masukkan inti yang sesuai...(yang ni kak masukkan inti sardin)
Rehatkan seketika di atas dulang yang telah dilapis dengan kertas selama 1/2 jam.
Apabila adunan telah mengembang bolehlah digoreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. 

3 comments:

  1. Amboi..gebunya roti goreng kak yah, i like!

    ReplyDelete
  2. Salam kak.
    pagi lgi dah nmpk roti nih...! sure sdap punya nih...!

    ReplyDelete
  3. terima kasih... Puas makan roti biasa jarang2 makan roti goreng best jugak..

    ReplyDelete