2 keping isi dada ayam
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada sulah
Tepung jagung
Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat.
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah. Perap seketika.
golek-golekkan pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam dan seterusnya digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
Sos
2 sudu besar sos Plum
1 sudu kecil sos cili/Thai
1 sudu kecil sos tomato
Potongan cili padi..ikut sukalah nak berapa biji..
sedikit air masak suam
Gula dan sedikit garam
Parutan buat mangga muda
Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis
Hiasan
Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang.
Sedapnya Kak Yah... kalau x ada selera pun boleh ada selera semula bila tengok masakan ini. Saya x tahan tengok parutan mangga tu. Kecur air liur ni...
ReplyDeletebila berkursus kat hotel atau resolt..menu ini selalu dihidangkan..teringatkan anak2 bila makan..dan bila balik akan terus buat kerana anak2 memang suka....
ReplyDeletesedapnya kak .. tengah viral sekarang ni
ReplyDeletesedapnya kak .. tengah viral sekarang ni
ReplyDeleteSos plum tu kalo xde blh gnti dgn apa ye
ReplyDeleteKalu guna sos lain nanti jadi resepi lain la...sos plum tak susah nak beli dekat pasaraya..jenama life banyak jual kat kedai..
DeleteNk copipies kak yah punya resepi boleh??
ReplyDeleteSilakan
ReplyDeleteboleh cuba ni
ReplyDeleteBlh try
ReplyDelete