translate

Tuesday 10 April 2012

Sotong Goreng Tempura

7 ekor sotong
sebungkus tepung tempura jenama tesco
Sebiji putih telur
Lada sulah
Bawang putih
Sedikit garam

sotong dipotong bulat dan diperap bersama bawang putih yang telah ditumbuk, lada sulah dan sedikit garam.
bancuh tepung tempura dengan sedikit air, putih telur dan lada sulah(pastikan sedikit pekat kerana apabila kita masukkan sotong ia akan menambah sedikit cair pada adunan tersebut)
Celup sotong pada adunan dan goreng dalam minyak banyak sehingga masak dan garing.

Sos
1 sudu teh sambal belacan
1/2 labu bawang besar
1 biji tomato
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 biji limau nipis
sedikit air masak
Gula dan garam

Bawang besar dan tomato dipotong dadu.
Campur bersama sambal belacan, sos-sos, perahan limau nipis, gula garam dan sedikit air masak.
Pastikan ada rasa masam dan manis.

Kalau tiada tepung tempura bolehlah menggunakan adunan seperti
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Serbuk lada sulah
Sedikit serbul kunyit
Telur putih(dr sebiji)
Air secukupnya.

No comments:

Post a Comment