translate

Monday, 23 April 2012

Kek Oren Koko





1 1/2 cawan tepung kek diayak
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu teh esen vanila
1 biji limau sunkist di parut kulitnya dan diperah airnya
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas
4 biji telur
1 sudu besar mentega

Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila, kulit limau dan air limau.
Masukkan tepung kek dan kacau dengan senduk.
Masukkan  adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek
Masukkan bancuhan koko dan dikacau perlahan-lahan pada permukaan atasnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah.

No comments:

Post a Comment