translate

Tuesday, 10 April 2012

Roti Gulungan Sosej

500gm tepung roti(high protein)
200ml air suam(kalau uli guna tangan 220ml)
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)


Sosej direbus seketika dan disejukkan dan dipotong dua

1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan dan uli semula.  Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula
.5. Bulatkan adunan menjadi 20 ketulan kecil dan biarkan selama 10 minit.
6 Canai adunan seperti gambar di bawah dan simpan seketika selama 40 minit lagi.
7. Sapu roti dengan lebihan telur bercampur susu segar atau susu cair dan tabur dengan bijan dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C.




3 comments:

  1. salam kenal,
    saya fiza, cantiknya tengok sosej gulung ni.
    tq kasi idea kat saya... heheheh....
    selama ni buat sosej tu gulung cam biasa je. skrg, dah dpt idea.... :-)

    ReplyDelete
  2. salam kenal kak =)
    macam tu rupanya..cara nak buat royi gulung tu.. =) tq kak..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Rogayah,
    salam kenal dari Kak Amie, follow sini ye.

    ReplyDelete