translate

Friday, 27 December 2013

Tosei

Bahannya
1 cawan kacang urid dhal/ulunthu
2 cawan beras
1 sudu teh halba
Semua bahan dibasuh dan direndam semalaman.

1 cawan nasi dingin
3 cawan air

1 sudu teh garam(dimasukkan ke dalam adunan semasa proses menggoreng)

Toskan campuran tadi dan diblender bersama nasi dingin dan air sehingga halus/hancur.
Masukkan dalam bekas yang agak besar dan bertutup.
Simpan 6 jam/semalaman/seharian.
Adunan akan bertambah sekali ganda.
Jangan perap terlebih lama sangat.  Selepas perapan kita boleh simpan dalam peti ais.
Bila nak menggorengnya masukkan garam dan kacau rata.(pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair..kalau terlalu pekat tambah sedikit air sejuk)..sukatan air yang kakyah buat ni sudah sesuai tetapi mungkin bergantung juga pada jenis beras.
Gunakan api yang perlahan semasa proses menggoreng.
Sapu sedikit minyak pada kuali yang permukaannya rata.
Ambil sesenduk adunan dan diletakkan pada tengah kuali.
Dengan menggunakan belakang senduk tersebut nipiskan adunan dari tengah ke tepi kuali secara membulat.
Tutup adunan tersebut dan lebih kurang 2 minit adunan tersebut akan masak dan sedikit garing.
Lipatkan dan boleh dihidang bersama kuah kari atau apa2 yang sesuai.

Wednesday, 25 December 2013

Donat Keju Leleh

Bahannya
400gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder


1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan(sekejap sahaja dan bukannya uli betul-betul) dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan masukkan dalam bekas bertutup (kalau kak cuma tutup  dengan plastik raping dan  letakkan di atas permukaan atas oven kita yang sedang dipanaskan dengan suhu sekitar 160C selama 1/2 jam(kak alas dengan redai besi  kek kita tu di atas permukaan oven tersebut)...Peringatan JANGAN letak dalam oven tapi di ATAS oven kita tu...
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit(letak bulatan donat ini di dalam dulang yang beralas kertas kek.

4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
5.Toppingkan dengan keju dan ditabur dengan parutan cheddar.

Krim keju leleh

Lapisan keju
250gm krim cheese
200gm whippng creme
3 sudu besar gula kastor


Parutan cheddar
Putar krim cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula.  Putar.
Masukkan whipping creme dan putar sehingga kelihatan putih dan berkrim.


Saturday, 21 December 2013

Sup Tulang

bahan-bahannya
Sekilo tulang lembu
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 ketul rempah punjut
sebatang serai(ketuk)
2 inci halia
seketul lengkuas
beberapa biji cili padi
Gula dan garam dan air asam jawa.

caranya
1. tulang lembu dibersihkan dan direbus sampai mendidih dan kemudian dibuang airnya.  Masukkan semula air yang lain  dan direbus bersama sup punjut.
2 Sementara itu, bawang-bawang dimayang begitu juga dengan halia dihiris nipis dan digoreng bersama rempah ratus tadi., Cili, serai dan lengkuas turut digoreng sama .  Apabila sudah sedikit garing dan wangi bahan tersebut bolehlah ditoskan dan dimasukkan kedalam periuk rebusan tulang tadi .  Biarkan sampai betul-betul empuk(kalau nak cepat masaklah dalam periuk tekanan seperti yang akak selalu buat.Garam dan bahan perasa dimasukkan mengikut kesukaan.  Sebelum diangkat masukkan juga sedikit air asam jawa juga mengikut kesukaan. Hidangkan mengikut cara hiasan masing-masing

Thursday, 19 December 2013

Solok Lada

Bahannya
8 biji lada hijau(belah memanjang dan dibuang bijinya)
4 ekor ikan selayang(sesetengah orang panggil ikan sardin) - diambil isinya
Sebiji telur
Secawan kelapa parut putih
4 biji bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit halia(suku inci halia)
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu besar biji lada hitam
1 sudu besar gula(ikut kesukaan)
Sedikit garam
Daun kadok(jika ada)

Lada hitam ditumbuk biar sedikit hancur.  Masukkan gula dan garam.  Tumbuk.
Masukkan bawang merah, putih dan halia.  Tumbuk.
Bila kesemuanya sudah lumat/hancur masukkan isi ikan.  Tumbuk lagi.
Masukkan kelapa parut.  Tumbuk biar nampak sebati kesemuanya.
Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas lain.
Pecahkan telur dan dikacau biar sebati.
Masukkan campuran bahan ini ke dalam lada hijau tadi(kalau bimbang tangan akan panas proses membuang biji lada dan mengisi solok ini dilakukan dengan memakai sarung tangan plastik)
Susun daun kadok biar menutupi dasar periuk.
Masukkan solok dengan menyusun bahagian belahan lada berisi solok kedudukannya di atas.
Tuang santan biar mengenai lada-lada tadi.  Pastikan santan mencukupi dan tidak kering bila kita memasaknya nanti.
Masak dengan api yang perlahan sehingga lada menjadi layu dan kelihatan isinya pejal dan masak.



Wednesday, 18 December 2013

Home made Aiskrim

Bahan-bahannya
3 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat manis
2 cawan susu tepung
250gm whipping creme
1 sudu besar ovelete
1 susu teh vanila

Putar kesemua bahan sehingga pekat.
Simpan dalam peti ais bahagian beku semalaman.

Tuesday, 17 December 2013

Roti Boy/Maxican Bun

Doh Roti
500gm tepung gandum
1 paket mauripan
2 sudu besar shortening
2 sudu besar mentega
4 sudu besar water roux
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
200gm air suam

Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat.  Sejukkan.

Caranya
Campurkan terlebih dahulu telur, air dan susu pekat(biar menjadi 200ml)
Masukkan yis(mauripan) dan biarkan ia menjadi berbuih.
Campurkan ke dalam bahan-bahan di atas.  Adun/uli biar menjadi satu doh yang kasar(ambil masa dua tiga minit sahaja.
Masukkan ke dalam plastik beg dan diuli di dalam bekas mangkuk yang kita guna untuk menguli tadi.
Lakukan selama lebih kurang 5 minit atau adunan menjadi elastik.
Keluarkan dari beg plastik dan uli dan bulatkan doh tersebut.
Masukkan dalam bekas mangkuk dan tutup bekas tersebut.
Untuk mempercepatkan proses pengembangan kak letak mangkuk itu di atas oven dan onkan selama 20 minit dan biarkan api dipasang di sebelah atas sahaja.(letak diluar oven/di atas oven)
Bila masa sudah tamat biarkan ia seketika lagi dan pastikan adunan mengembang sekali ganda.
Tumbuk adunan dan uli bulatkan semula doh tersebut.
Buat bulatan/ketulan sebanyak 17 biji semuanya.
Masukkan inti filling dan tutup dengan sebaiknya.  Pastikan ditutup dengan baik dan kemas sebab ia boleh menjejaskan rupa bun kita bila masak nanti.
Masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas kek.
Pastikan kita letak berjarak antara satu sama lain(jangan biarkan bun kita bercantum bila proses pembakaran kelak.
Biarkan bun kita mengembang (ambil masa 20 minit)
Masukkan adunan topping ke dalam paping beg dan paipkan secara spiral bermula dari tengah bun kita.(paip secara membulat bermula dari tengah)
Tak perlulah kita paipkan sehingga habis permukaan bun tersebut sebab bila proses pembakaran topping akan mencair dan akan meleleh turun kebawah.
Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.

Filling
200gm mentega
70gm gula perang
1 sudu teh esen vanila

Pukul/putar semua bahan sehingga kembang.

Topping
200gm mentega
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1 sudu kecil kopi emulco
3 biji telur
130gm gula asing

Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
Masukkan kopi emulco dan pukul lagi.
Masukkan kedua tepung yang telah diayak.
Pukul biar kelihatan berkrim.



Saturday, 14 December 2013

Home Made Fish Ball

500gm ikan dori(boleh beli kat dingin beku pasaraya)
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
Serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu teh soda bicarbonat
6 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung ubi kayu
Garam secukupnya
60ml air sejuk dari peti ais
Sedikit gula

Apabila ikan sudah cair bekunya, rendam seketika dalam larutan cuka yang bercampur dengan air(untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut)
Jikalau menggunakan food processor, masukkan semua bahan dan kisar sehingga hancur dan lumat.
Kalau cara biasa tumbuk/blend isi ikan dan bawang-bawang tersebut dan campurkan kemudiannya dengan bahan lain.  Adun dengan air biar sebati.
Masak air(air lain dan dalam jumlah yang agak banyak/separuh periuk yang kita gunakan sehingga mendidih.
Basahkan tangan dan gintillah adunan tersebut berbentuk bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih tersebut dan ianya akan masak apabila ketulan akan mula timbul.
Ceduk/ambil fish ball dan masukkan ke dalam penapis untuk disejatkan lebihan air yang ada padanya.
Boleh digunakan pada bila-bila masa dan hidangan.

Fish ball
Tepung tempura
Putih telur
Serbuk lada sulah
Sedikit serbuk kunyit(1/4 sudu teh)
Air secukupnya

Adun bahan tersebut(kecuali fish ball) dan celup fish ball dan digoreng dalam minyak yang agak banyak sehingga kekuningan.

Kalau tiada tepung tempura bolehlah menggunakan adunan seperti
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Serbuk lada sulah
Sedikit serbul kunyit
Telur putih(dr sebiji)
Air secukupnya.

Friday, 13 December 2013

Donat Blueberry

Bahannya
400gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising untuk salutan

Blueberry filling secukupnya

1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan(sekejap sahaja dan bukannya uli betul-betul) dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan masukkan dalam bekas bertutup (kalau kak cuma tutup  dengan plastik raping dan  letakkan di atas permukaan atas oven kita yang sedang dipanaskan dengan suhu sekitar 160C selama 1/2 jam(kak alas dengan redai besi  kek kita tu di atas permukaan oven tersebut)...Peringatan JANGAN letak dalam oven tapi di ATAS oven kita tu...
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit(letak bulatan donat ini di dalam dulang yang beralas kertas kek.

4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
5. Angakat dan toskan dan ditabur dengan gula halus.
6.Paipkan blueberry filling di dalamnya.

Thursday, 12 December 2013

Kek Angel

Terima kasih kepada Evelyn Gemina atas perkongsian kek yang sedap dan cantik ini..

Bahannya
A
320gm putih telur(dari 8 biji telur)
120gm gula kastor
1/4 sudu teh garam

B
1 sudu besar jus lemon
Parutan kulit lemon

C
30gm ceri merah(potong dadu)
30gm ceri hijau(potong dadu)
30gm coklat rice

D
100gm tepung gandum(ayak)

Panaskan oven dengan suhu 180C
Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan garam.  Pukul sehingga pekat dan bertanduk.
Masukkan tepung gandum(kaup dan balik)
Masukkan jus lemon, parutan kulit, ceri merah,hijau dan coklat rice. Kaup dan balik.
Masukkan ke dalam loyang kek ciffon dan bakar selama setengah jam(30 minit)
Apabila sudah masak, keluarkan segera dari oven, terlangkupkan loyang sehingga kek hampir sejuk.
Bolehlah dikeluarkan dari loyang.




Wednesday, 11 December 2013

Asam Pedas Kelantan

Bahannya
3 ekor ikan gelama(potong 2 setiap seekor)
3 biji bendir
1/2sudu besar beras(direndam sekejap dan ditumbuk)
4 biji bawang merah(tumbuk)
1 ulas balas putih(tumbuk)
Sedikit halia(tumbuk)
Seinci lengkuas(tumbuk)
2 biji cili padi(tumbuk)
1/2 inci kunyit(tumbuk)
1/2 sudu besar cili giling
2 batang serai(ketuk)
1/2 cekak daun kesum..sekitar 7 pokok kot..
Sekeping asam gelugur/keping
Air secukupnya
Gula dan garam

Ikan dibersihkan terlebih dahulu dengan dicuci dengan air asam jawa.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan semua bahan tumbuk, cili giling, asam keping dan serai.
Masukkan juga ikan, gula dan garam.
Biar sampai mendidih(kacau perlahan-lahan)
Masukkan daun kesum dan bendir.
Rasalah mengikut kesukaan masing-masing.
Biar air/kuahnya menjadi mesra kesemuanya.
Bolehlah diangkat.

Tuesday, 10 December 2013

Ubi Getuk/Ketuk

Bahannya
4 ketul ubi kayu rebus(dilenyek)
Secawan kelapa parut putih
4 sudu besar gula pasir
Sedikit garam..kalau ubi dah direbus dengan sedikit garam tak perlulah letak lagi..

Caranya
Campurkan semua bahan dan bulat-bulatkan.  Ketepikan.

Butter/bancuhan
5 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya..jangan terlalu cair atau pekat.

Minyak untuk menggoreng

Celup ubi tadi dalam adunan tepung dan goreng dengan api yang agak sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Monday, 9 December 2013

Fruit Pastry Cake

Sumber resepi dari Siti Hajar Idris..tq banyak2

Bahannya
100gm mentega
150gm gula asing - kak guna gula halus
3 sudu besar sour creme
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar jus lemon
Parutan kulit lemon(kak guna sebahagian dari sebiji)
210gm tepung naik sendiri - kak guna tepung gandum campur 3 sudu kecil baking powder dan ayak 2 kali.
1 sudu teh baking powder - kak tak masukkan.
Buah peach dalam tin
Buahan segar yang dipotong2 - kak tak letak sekadar letak ceri merah dan hijau

Putar mentega, gula dan krim masam.  Sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.  Putar.
Masukkan esen vanila, jus lemon dan parutan kulit lemon.  Putar.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memutar dengan perlahan.
Masukkan ke dalam bekas dan hiaskan dengan buah-buahan tadi..caranya letak potongan buah tersebut jangan ditekan..jadilah seperti kakyah ni..habis tenggelam bila kek menaik semasa membakar.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak.(15 minit terakhir tutup bekas dengan aluminium foil bagi mengelak bahagian atas hangit/buahan menjadi kering.
Buahan tadi termasuk peach pastikan telah dilap terlebih dahulu.

Saturday, 7 December 2013

Puding Jagung


Bahannya
70gm tepung kastad
100gm gula pasir
200gm susu cair
1/2 tin krim jagung
450ml air
2 sudu besar mentega
Sedikit garam

Campurkan semua bahan kecuali jagung dalam tin.
Kacau atas api yang perlahan menggunakan whisk.  Jangan biarkan berketul.
Bila hampir pekat masukkan jagung dan kacau sekali dua(seketika)
Angkat dan tuang dalam bekas yang telah dibasahi dengan air terlebih dahulu.
Sejukkan dalam peti sejuk.
Bila beku bolehlah dikeluarkan dari loyang dan dipotong..

Friday, 6 December 2013

Red Velvet Keju Leleh


Kek red Velvet
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung gandum, baking powder, serbuk koko, susu tepung dan , sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis sambil memukul dengan kelajuan sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah.
Campurkan baking powder dengan cuka dalam mangkuk kecil.  Kacau dan pastikan ianya berbuih.
Segera masukkan ke dalam adunan dan kacau biar sebati.  
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek
Bakar dalam oven dengan suhu 170C dan selama 50 minit.(pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dan untuk mendapatkan kek yang tidak merekah lakukan proses pembakaran dengan menggunakan api bawah dahulu selama 10 minit dan bertukar kepada api atas dan bawah masa yang selebihnya)
Apabila kek sudah masak sejukkan.

Lapisan keju
250gm krim cheese
200gm whippng creme
3 sudu besar gula kastor

Putar krim cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula.  Putar.
Masukkan whipping creme dan putar sehingga kelihatan putih dan berkrim.

Sapu atas kek tadi dan boleh juga ditabur dengan parutan cheedar.
Simpan di dalam peti sejuk seketika.

cara buat kek dan prosesnya boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/03/green-velvet-cheese-cakestep-by-step.html

Wednesday, 4 December 2013

Satay dan kuah kacang

Satay Ayam
Seekor ayam dipotong empat dan dibuang tulangnya dan dipotong kecil-kecil
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci lengkuas
1 sudu besar jintan manis- jangan yang serbuk
1 sudu besar jintan putih - jangan yang serbuk
3 sudu besar ketumbar- jangan yang serbuk
1 inci kunyit
2 batang serai
Gula dan Garam - Gula agak banyak kalau 2 kilo ayam hampir 1/4 kilo gula

caranya
Bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit diblender dengan sedikit air.
Jintan manis, putih dan ketumbar digoreng tanpa minyak sehingga berbau wangi dan diblender kering
Campurkan semua bahan tersebut dan masukkan gula dan sedikit garam dan peraplah bersama ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan tadi selama 1 jam.
Siap untuk dicucuk.dan dibakar.(kalau kak hanya masak atas pan rata dan telah disapu minyak dan bercampur sedikit air perapan satay tadi)

Kuah Kacang
1 1/2 cawan kacang tanah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas
3 sudu besar cili giling
3 batang serai
3 sudu besar air asam jawa
2 keping gula melaka
sedikit belacan
Gula dan garam
1 cawan Santan( kalau kuah nampak pekat boleh tambah air)

Kacang tanah digoreng di dalam minyak sehingga kelihatan masak dan ditoskan dan diblender dengan lapisan kulit nipisnya bersama air.
Bawang-bawang, halia dan lengkuas diblender dengan sedikit air dan ditumis besama serai yang telah diketuk dan cili giling dan belacan sehingga naik bau. Masukkan kacang yanng telah diblender tadi. Kemudian masukkan santan , air asam jawa, gula melaka  dan garam rasalah  untuk kesesuaian lidah masing-masing.  Biar mendidih agak lama atau sehingga pekat dan naik minyak.

Tuesday, 3 December 2013

Labu Sira

Bahannya
Sebiji labu dikupas sebahagian kulitnya dan dibersihkan serta potong mengikut ruasnya.
1 sudu teh kapur dibancuh dengan air
Rendam labu biar mencecah keseluruhannya dan masukkan bancuhan air kapur tadi.  Biarkan selama 1 jam.
Basuh dan toskan.

2 helai daun pandan
2 keping gula melaka(kampung punya)
Beberapa sudu besar gula(bergantung)
Beberapa kuntum bunga cengkih
Sedikit garam

Susun labu tadi di dalam periuk dan masukkan daun pandan(simpul dahulu), gula melaka dan sedikit gula serta garam.
Kak masukkan juga beberapa kuntum bunga cengkih.
Masak atas api yang perlahan.
Gabungan bahan ini akan mengeluarkan air yang berfungsi mengempukkan labu tersebut.
Masak sehingga labu mengecup dan masak.(ambil masa yang agak lama juga mungkin 1 jam)
Boleh dimakan begitu aje atau bersama santan pekat.(dimasak dengan sedikit garam dan bancuhan tepung jagung)

Monday, 2 December 2013

Kuih Lapis

5 cawan santan(1 1/2 cawan santan pekat dicampur dengan air bagi menjadikan 5 cawan santan)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh perisa keladi
Pewarna makanan(3 warna)
Sedikit garam

Panaskan santan dan gula sehingga gula menjadi hancur.  Sejukkan.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak/mendidih dengan api yang kuat.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam santan.  Masukkan juga garam dan perisa keladi.  Tapis.
Bahagikan adunan kepada 4 bekas yang berasingan.  2 senduk untuk setiap adunan berwarna dan 6 senduk yang tidak berwarna..
Masukkan pewarna merah hijau dan puple.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan kukus setiaplapisan selama 5 atau 7 minit(satu mangkuk adunan yang berwarna dapat buat dua lapis dan yang plain/kosong 6 lapis).  Bagi lapisan terakhir kukus selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dari pengukus dan sejukkan dan bolehlah dipotong.
(Yang ni kak lapis yang pertama warna puple selepas itu plain, warna hijau, plain, merah, plain, merah, plain, hijau, plain, puple.(ada 11 lapis kesemuanya)

Saturday, 30 November 2013

Roti Chelsea

Bahannya.
380gm tepung gandum 
160ml air suam
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan simpan sedikit untuk disapu atas roti nanti)
2 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Bahan B
2 sudu besar gula perang
2 sudu kecil serbuk buah pala
50gm campuran buahan kering
2 sudu besar mentega

Campurkan kesemua bahan B biar sebati/rata.

Satukan semua bahan A  kecuali air suam dalam mangkuk.
Masukkan sedikit demi sedikit air dan satukan supaya menjadi doh yang masih lagi kasar.
Masukkan doh tersebut ke dalam beg plastik(yang bersih) dan golek-golekkan di atas permukaan yang rata atau nak tenyeh-tenyehkan di dalam mangkuk adunan tadi pun ok juga.
Lakukan selama 5 minit(doh kita nampak elastik)
Keluarkan dari beg plastik dan uli balik di dalam mangkuk tadi bagi membentuk doh yang bulat.(seminit dua aje)
Tutup permukaan mangkuk(kak guna jenis besi) dengan plastik pembalut makanan.
Panaskan ketuhar dan letak redai besi di atas(kat luar) ketuhar kita tersebut.
Suhu 160C selama 25 minit.
Letak mangkuk adunan doh di atas redai tadi(adunan berada di luar ketuhar)
Apabila masa sudah tamat biarkan seketika lagi(20 minit dan mangkuk dan ketuhar masih panas/suam)
Apabila adunan sudah mengembang boleh buka penutup plastik dan dengan menggunakan tangan kita tumbuk-tumbukkan adunan yang mengembang itu.
Uli dan bulatkan semula Jadikan 2 bahagian.
Ratakan/gelek adunan setiap satu tersebut dengan ketebalan1/2 inci dan sapu dengan campuran bahan B.
Gulung dan potong sebanyak 8 bahagian bagi setiap adunan tadi.
Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek dan biarkan selama 20 minit/ atau naik 2 kali ganda(jarakkan setiap ketul dan bila mengembang dia akan rapat)
Sapu dengan lebihan telur tadi yang bercampur sedikit susu cair/segar.
Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.
Sejukkan dan simpan bekas bertutup.

Friday, 29 November 2013

Butter Prawn(video)



Udang saiz besar - 7 ekor
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Sesenduk/4 sudu besar margerin
Sesenduk minyak masak
3 biji kuning telur(pukul dengan garfu)
1/2 kiub pati ayam
Gula
Garam

Udang dibiarkan kulitnya dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam.
Panaskan kuali(jenis bergeluk) dan masukkan minyak dan margerin.  Bila cair dan mendidih masukkan kuning telur dengan menuangnya lebih tinggi(seperti orang buat teh tarik tuu)..
Kacau sehala dengan menggunakan belakang senduk bulat semasa kita menuang telur tadi.  
Kacau tanpa henti sehingga berjurai dan nampak masak dan sedikit garing..
Apabila minyak berbuih segera matikan api tetapi kita masih lagi mengacaunya seketika..
Tapis dan toskan menggunakan penapis besi.
Lebihan minyak tadi masukkan semula dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama halia yang telah dimayang dan dihiris nipis.
Apabila telah kekuningan masukkan udang, daun kari, cili padi(potong kecil2), kiub ayam dan gula.
Kacau sehingga udang agak masak. dan ditoskan (dalam tapisan besi tadi)
Hidangkan dalam bekas dan masukkan  telur tadi di atasnya.

Wednesday, 27 November 2013

Talam Lapis 3 Rasa


Resepi ini diadaptasi dari resepi asalnya talam tokyo tetapi ditambah dengan ubi kayu rebus.  Resepi talam tokyo kak ubahsuai dari resepi talam tokyo Sally Rashid(dari Dapur Kecilku)..terima kasih banyak-banyak dan maaf juga banyak-banyak kerana kakyah ada melakukan sedikit pengubahsuaian.

Lapisan bawah
300ml santan
70gm tepung beras
1 sudu kecil tepung gandum
400gm ubi kayu(rebus dan lenyek)
70gm gula pasir
Sedikit garam

Loyang bulat 9X9 dialas dengan plastik dan disapu sedikit minyak.  Ketepikan.
Campurkan semua bahan kecuali ubi kayu
Kacau sehingga tidak bergintil.
Masukkan ubi dan kacau serata.
Masukkan kedalam loyang dan kukus dalam pengukus yang telah mendidih airnya selama 20 minit.(pastikan tutup loyang dengan aluminium foil)

Lapisan tengah
300gm sagu halus putih
60gm suun
100gm kelapa parut putih
400gm santan cair
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam

Basuh sago dan rendam selama 1/2 jam.
Suun direndam dalam air suam selama 1/2 jam juga.(tos dan digunting kecil)
Toskan sago dan campur bersama kelapa parut, gula, garam dan suun.
Masukkan santan dan kacau biar serata.
Masukkan ke dalam lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus semula selama 1/2 jam.(tutup loyang seperti tadi juga)
Apabila masak tekan sedikit lapisan ini.

Lapisan atas
3 biji telur
150gm gula
50gm tepung kastad
200ml air diblender bersama 4 helai daun pandan dan ditapis (ambil airnya)
200gm santan pekat
1 sudu teh air kapur
Pewarna hijau

Semua bahan diblender dan dimasak seketika di atas api yang perlahan.(tak perlu sampai mendidih)
Masukkan ke dalam lapisan tengah tadi yang telah ditekan.
Kukus semula dan lakukan seperti cara tadi juga.(kak tidak tutup dengan aluminium foil yang ini sebab adunan dah hampir penuh)
Kukus semula selama 40 minit lagi atau sehingga masak
Sebelum dipotong sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.

Monday, 25 November 2013

Air Asam


Bahannya
3 ulas bawang merah
Selabu bawang besar
3 ulas bawang putih

Kesemua bahan ini dibakar sehingga lembut di dalamnya(jangan tanggalkan kulitnya).
Cara yang kakyah lakukan letakkan atas kuali tanpa minyak pasang api kecil dan biarkan selama hampir 20 minit.

sedikit halia
Selabu bawang besar(saiz kecil)..(potong kecil)
Sebiji tomato(dadukan)
Beberapa biji cili padi
Belacan bakar
Gula dan Garam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar cuka
3 biji limau nipis (buat jus limau nipis..ambil airnya)
Sedikit air masak(tambah ikut kesesuaian..jika air asam terlalu pekat)

Tumbuk bahan bakar tadi(tanggalkan kulitnya) bersama gula(mulakakan 2 sudu besar) dan garam(Secukupnya).
Apabila hancur masukkan cili padi, bawang besar, halia, belacan dan tomato.
Tumbuk jangan terlalu lumat.
Masukkan cuka, sos tomato, sos cili dan jus limau nipis.
Tambah gula dan garam jika perlu.
Sepatutnya ada rasa manis, masam dan sedikit masin

P/s Sesuai untuk dicicah dengan perut lembu rebus, daging rebus atau apa-apa yang sesuai.



Saturday, 23 November 2013

Mee Bandung

Bahannya
1/2 kilo mee kuning(celur sekejap dengan air panas dan toskan)

Kuah
Udang segar
Sotong(potong bulat/memanjang)
Daging (potong nipis)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji telur
1/4 cawan udang kering
4 sudu besar kacang tanah tumbuk
2 sudu besar cili giling
Cili padi(kalau sukakan pedas)
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati daging
Sawi dan kobis

Blender semua bahan tersebut.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan blender sehingga wangi.
Masukkan sos tiram, kacang tanah dan kiub daging.  Kacau seketika.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan ayam, udang dan sotong.
Biarkan mendidih dan keluar minyaknya.(permukaan kuah nampak berminyak/merah)
Pecahkan telur sebiji demi sebiji.(jangan dikacau)
Bila nampak telur sudah masak masukkan sayuran, gula, garam dan bahan perasa.
Bolehlah diangkat.

Bahan tabur
Tauhu(digoreng)
Fish ball(goreng)
Fish cake(goreng)
Tomato(celur)
Cili merah(potong nipis)
Limau nipis/kasturi
Daun bawang
Bawang goreng


Thursday, 21 November 2013

Puff Tuna

Kulit puff

Inti
Sardin tuna
1/2 labu bawang besar(potong dadu)
Lada merah(potong kecil)

Telur untuk gliss

Campur kesemua bahan inti biar sebati.
Sekeping kulit puff dipotong 3 bahagian
Letak inti dan gulung.
Letakkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek.
Sapu permukaan atasnya dengan telur yang telah dipukul dengan garfu  dan bakar selama 25 minit dengan suhu 180 - 190C.

Wednesday, 20 November 2013

Cinnamon Roll


380gm tepung gandum 
160ml air suam
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan simpan sedikit untuk disapu atas roti nanti)
2 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Bahan B
4 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar mentega
Campurkan kesemuanya biar sebati/rata.

Satukan semua bahan A  kecuali air suam dalam mangkuk.
Masukkan sedikit demi sedikit air dan satukan supaya menjadi doh yang masih lagi kasar.
Masukkan doh tersebut ke dalam beg plastik(yang bersih) dan golek-golekkan di atas permukaan yang rata atau nak tenyeh-tenyehkan di dalam mangkuk adunan tadi pun ok juga.
Lakukan selama 5 minit(doh kita nampak elastik)
Keluarkan dari beg plastik dan uli balik di dalam mangkuk tadi bagi membentuk doh yang bulat.(seminit dua aje)
Tutup permukaan mangkuk(kak guna jenis besi) dengan plastik pembalut makanan.
Panaskan ketuhar dan letak redai besi di atas(kat luar) ketuhar kita tersebut.
Suhu 160C selama 25 minit.
Letak mangkuk adunan doh di atas redai tadi(adunan berada di luar ketuhar)
Apabila masa sudah tamat biarkan seketika lagi(20 minit dan mangkuk dan ketuhar masih panas/suam)
Apabila adunan sudah mengembang boleh buka penutup plastik dan dengan menggunakan tangan kita tumbuk-tumbukkan adunan yang mengembang itu.
Uli dan bulatkan semula Jadikan 2 bahagian.
Ratakan/gelek adunan setiap satu tersebut dengan ketebalan1/2 inci dan sapu dengan campuran bahan B.
Gulung dan potong sebanyak 8 bahagian bagi setiap adunan tadi.
Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek dan biarkan selama 20 minit/ atau naik 2 kali ganda(jarakkan setiap ketul dan bila mengembang dia akan rapat)
Sapu dengan lebihan telur tadi yang bercampur sedikit susu cair/segar.
Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.
Sejukkan dan simpan bekas bertutup.