translate

Sunday, 2 December 2012

Gulai Kuning Udang Bersama Ubi Badak





Sebiji ubi badak saiz kecil(potong 4 persegi saiz kecil)
10 ekor udang segar(berkulit)
4 biji bawang merah(kisar/tumbuk)
Setengah inci lengkuas(kisar/tumbuk)
Sedikit kunyit
1/2 sudu besar cili giling
Sekeping asam keping
Sebiji cili hijau
1 1/2 cawan santan
Sedikit gula dan garam

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar, cili giling dan kunyit hingga wangi.  Masukkan santan dan asam keping.  Bila hampir mendidih masukkan ubi badak dan cili hijau.  Bila ubi hampir empuk, masukkan udang, sedikit gula(kalau perlu) dan garam.  Angkat bila sudah masak.


3 comments:

  1. salam kak Yah..
    sedapnya nampak gulai kuning tu ,tapi tak pernah tengok ubi badak tu sama ke rasa dengan ubi keledek biasa tu ke rasa nya macam ubi kayu kak yah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..antara kedua ubi ni tak sama..ubi badak..ia macam berlendir masa kita potong dia..rasanya memang sedap..sedap juga rebus dan cecah dengan kelapa parut..

      Delete
  2. Salam kak..emmm ubi badak..masa kat kg dulu, selalu makan rebus je ubi ni..rupanya sedap juga di buat lauk yaaaa

    ReplyDelete