3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan susu segar
6 biji telur
1 sudu besar baking powder
2 sudu kecil vanilla
2 sudu besar gula
1 cawan minyak sayur/ masak
1 sudu kecil garam
Jem, peanut butter, madu dan apa-apa saja
Caranya
1. Tepung diayak bersama baking powder. Di dalam bekas campurkan juga dengan gula dan garam.
2. Telur diasingkan putih dan kuningnya, yang putih diputar sehingga kembang dan beku (dengan kelajuan tinggi)
3. Kuning telur dipukul dengan garfu dan dicampur bersama susu segar dan minyak tadi. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran tepung. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga vanilla.
4. Masukkan putih telur yang kembang tadi ke dalam bahan yang telah dikacau sebati tadi. Guna teknik kaut dan balik.
5. Sendukkan adunan ke dalam bekas waffle yang telah disapu dengan marjerin dan biarkan ia masak.
6. Sapu dengan jem atau apa saja kesukaan kita pada waffle tersebut.
P/s..Adunan waffle yang tidak habis boleh disimpan dalam peti ais sehingga beberapa hari.
As salam kakyah....sedap lah makan waffle di pagi nan sejuk dan suka juga dengan hidangan sotong bakartu nampak menawan hati..sayangnya saya kena berpantang sebulan nanti boleh lah buat.
ReplyDeleteAs salam K'Yah,ana mohon share ya...Syukran
ReplyDelete